Tag Archives: urus tekanan

Urus Tekanan Darah Anda

Urus Tekanan Darah Anda

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.

Periksa tekanan darah anda.Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:

Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.

Kawal Kolesterol

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain.

Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Makan Dengan Lebih Baik

Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru tentang jenis-jenis lemak.

Kita juga ada banyak persoalan berkaitan dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda. Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.

kesihatan, laman, darah, laman kesihatan, kolesterol, tekanan, untuk, tekanan darah, dalam, dengan, darah anda, jantung, makan, makanan, sihat, adalah, lemak, atom laman, dari, tinggi, lebih, boleh, yang sihat, baik, atau, tidak, kategori, langganan, diet, urus, urus tekanan, maklumat, darah tinggi, banyak, kawal, kawal kolesterol, makan dengan, dengan lebih, lebih baik, penyakit, hidup, tanpa, pemakanan, bagi, mengurangkan, tisu, risiko, kurang, post,  buah, juga, kepada, badan, kita, mendapat, makanan yang, comments, tubuh, rendah, posts, rohani, masyarakat, berkaitan, paling, penyakit jantung, terlalu, yang boleh, badan anda, mereka, angin, ahmar, angin ahmar, penting, gaya, gaya hidup, semua, menurunkan, garam, berat, tetapi, kolesterol darah, trans, lemak mengandungi, sayuran, setiap, sama, fizikal, bertujuan, membentuk, akan, pada, tinggi yang, memberi, menyebabkan, koyakan, sumbatan, mengekalkan, anda dalam, anda mengurangkan, mengurangkan risiko, yang tidak, ianya, kerana, satu, daripada, orang, ramai, serangan, serangan jantung, perubahan, terlalu banyak, darah adalah, peratus, yang anda, anda makan, anda untuk, tepu, lemak tepu, pakar, miligram, menurunkan kolesterol, kolesterol anda, membuat, tenusu, pilihan, serat, buahan, buah buahan, produk, hari, setiap hari, boleh membantu, membantu anda, pilih, perubatan, informasi, berkenaan, informasi berkenaan, berkenaan kesihatan, kesihatan dari, segenap, dari segenap, aspek, segenap aspek, aspek sama, sama fizikal, mental, fizikal mental, mental rohani, rohani diet