Tag Archives: Senaman

10 Tips Ringkas Kuruskan Badan

10 Tips Ringkas Kuruskan Badan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten.

Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 – 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari – 1.30 petang)
Minum petang (3.30 – 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang – 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Tips Kuruskan Badan, Tips Kuruskan Badan kesihatan, Tips Kuruskan Badan Video, Tips Kuruskan Badan video, Tips Kuruskan Badan malaysia,  Tips Kuruskan Badan gambar, Tips Kuruskan Badan bf1, Tips Kuruskan Badan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jTips Kuruskan Badan ,pencegahan, Dunia, foto,pembedahan, penjagaan kulit, operasi, Tips Kuruskan Badan, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, Tips Kuruskan Badan, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat,

Penjagaan Rapi Bagi Kehamilan Berisiko

Penjagaan Rapi Bagi Kehamilan Berisiko

Hampir semua kehamilan adalah normal dan melalui proses biasa. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa keadaan yang membuatkan doktor anda berpendapat ia berisiko ke atas bayi dan anda yang perlu ditangani.

Ini kerana anda mempunyai masalah kesihatan atau mungkin hamil anak kembar. Kadangkala simtom berkembang dan memberi petanda kepada doktor bahawa anda memerlukan penjagaan khusus.

  1. Anemia
    Kebanyakan wanita mengatami sedikit anemia sebelum mereka hamil dan ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi. Keadaan ini perlu diatasi bagi memenuhi keperluan kehamilan dan pendarahan semasa bersalin kelak.

    Rawatan
    Cegah anemia dengan mengambil makanan diet yang pelbagai, dengan makanan yang kaya dengan zat besi. Jika ujian darah menunjukkan anda mengalami anemia, doktor akan memberi kan zat besi tambahan. Ambil tablet selepas makan bersama air yang banyak kerana ia boleh menyebabkan radang pada perut dan sembelit, cirit-birit atau muntah. Makanan yang kaya zat besi seperti bayam, hati dan daging merah boleh mengatasi masalah ini.

  2. Kencing Manis (Diabetes)
    Kencing manis mesti diawasi dengan berhati-hati semasa anda hamil dan tahap gula di dalam darah perlu diperhatikan dengan kerap.

    Rawatan
    Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah, doktor boleh menyesuaikan pengambilan insulin bagi anda yang sedang hamil. Anda memerlukan perhatian khusus dalam diet. Anda juga perlu kerap ke klinik antenatal. Sesetengah wanita mendapati penyakit ini timbul pada awal kehamilan. Ia biasanya hilang sebaik sahaja selepas bersalin.

  3. Rahim Tidak Kuat
    Dalam kehamilan biasa, serviks atau leher rahim masih tertutup sehingga bayi dilahirkan. Tetapi jika keguguran kerap berlaku selepas tiga bulan kehamilan, ini mungkin disebabkan oleh leher rahim yang lemah dan terbuka lalu mengeluarkan bayi.

    Rawatan
    Doktor mungkin mencadangkan pembedahan kecil bagi menutup semula serviks pada awal kehamilan. Jahitan ini akan dibuka semula pada hujung kehamilan, atau bila hampir bersalin.

  4. Pra-eklampsia
    Ini adalah salah satu masalah biasa pada hujung kehamilan. Simtom-simtomnya ialah apabila tekanan darah meningkat lebih 140/90, berat badan yang meningkat mendadak, bengkak buku lali, kaki dan tangan dan terdapat protein dalam air kencing. Jika anda mempunyai simtom-simtom ini, doktor akan memerhatikan anda dengan lebih teliti. Sekiranya tekanan darah yang meningkat tidak dirawati, ia boleh menyebabkan bahaya pada uri.

    Rawatan
    Doktor anda akan menasihatkan anda berehat. Bagi menurunkan tekanan darah, anda boleh mengambil ubat atau mengurangkan kandungan garam dalam makanan. Jika keadaan tidak berubah dan serius, anda akan dimasukkan ke hospital walaupun anda merasakan cukup sihat. Anda mungkin bersalin secara induksi (induce).

  5. Faktor Rhesus Negatif
    Darah anda akan diuji semasa lawatan pertama ke klinik bagi menentukan sama ada anda mempunyai faktor rhesus positif atau negatif. Kira-kira 15 peratus orang mengalami rhesus negatif dan jika anda salah seorang daripadanya, anda akan mengalami masalah ketika hamil jika anda melahirkan bayi rhesus positif. Ini bermakna kumpulan darah anda tidak sama. Bagaimanapun ini tidak mendatangkan bahaya kepada bayi pertama. Biasanya anda akan menghadapi masalah pada kehamilan seterusnya.

    Rawatan
    Jika bayi pertama ande rhesus positif manakala anda pula rhesus negatif, anda akan diberikan vaksin perlindungan yang dikenali sebagai anti D sebaik sahaja selepas kelahiran. Ini akan mencegah masalah apabila anda hamil kelak. Vaksinasi ini mungkin diberikan semasa hamil di sesetengah hospital.

  6. Keguguran
    Keguguran adalah penamat kehamilan dan ini boleh berlaku satu dalam lima kehamilan. Kebanyakan keguguran berlaku dalam minggu ke 12, kerap berlaku sebelum seseorang wanita itu tahu dia hamil, biasanya kerana bayi tersebut tidak berkembang secara normal. Pendarahan dari vagina adalah tanda awal.

    Rawatan keguguran
    Jika pendarahan hanya berlaku sedikit, kehamilan boleh diselamatkan. Doktor anda akan mencadangkan anda banyak berehat, pendarahan mungkin terhenti dan jika anda berehat beberapa hari, kehamilan akan berlangsung seperti biasa. Tiada risiko kelainan kepada bayi. Anda akan diberikan ujian kehamilan atau ultra sound bagi memastikan bayi selamat.

    Gugur asli.
    Jika pendarahan berlaku dengan banyak dan anda dalam kesakitan, ini mungkin bermakna bayi telah mati. Anda perlu ke hospital bagi membersihkan semula rahim. Disebabkan anda kehilangan bayi semasa awal kehamilan, anda mungkin akan rasa tertekan. Anda juga mungkin bimbang sama ada anda boleh melahirkan bayi yang sihat lagi, rasa bersalah dan menyalahkan diri sendiri.

  7. Pendarahan Vagina
    Jika anda mendapati terdapat pendarahan dari vagina pada sebarang masa kehamilan, hubungi doktor dan berbaring segera di atas katil. Jika ini berlaku sebelum minggu ke-28, ini mungkin tanda keguguran. Selepas tempoh ini, ia bermaksud uri mengalami pendarahan. Ini boleh berlaku jika uri mula renggang dari dinding rahim atau jika uri terlalu rendah di dalam rahim dan tertutup atau menutupi separuh serviks.

    Rawatan
    Uri adalah garis hidup bayi. Jadi jika doktor fikir terdapat risiko anda akan dimasukkan terus ke hospital, di mana kedudukan uri boleh diperiksa. Anda perlu tinggal di dalam hospital sehingga bersalin. Jika anda kehilangan darah, anda perlu menjalani pemindahan darah dan bayi mungkin dilahirkan lebih awal melalui induksi atau pembedahan cesaerean. Jika pendarahan terlalu sedikit dan berlaku beberapa minggu sebelum kelahiran, doktor mungkin memutuskan anda bersalin secara semulajadi tetapi dalam pemerhatian yang rapi.

  8. Kembar
    Proses kehamilan dan bersalin akan mengalami perkembangan yang normal walaupun anda akan mengalami dua tahap bersalin. Anda mungkin mengalami komplikasi seperti anemia, pra-eklampsia atau songsang. Anda juga mungkin mengalami masalah-masalah kehamilan yang biasa dengan lebih teruk, terutama dalam bulan-bulan terakhir.

    Rawatan
    Lawatan tetap ke klinik antenatal perlu kerap jika anda hamil kembar, agar sebarang komplikasi boleh dikenalpasti dengan segera. Kehamilan lebih dari satu membebankan tubuh anda lebih dari biasa, jadi pastikan keadaan badan anda sentiasa dalam keadaan sihat terutamanya dalam minggu-minggu terakhir. Bagi mengelakkan masalah pada penghadaman anda, makanlah dalam jumlah yang sedikit dan segar.

Penjagaan,Penjagaan kesihatan,Penjagaan Video,Penjagaan video,Penjagaan malaysia,Senaman Petua Melayu,Penjagaan gambar,Penjagaan bf1,Penjagaan foto,Kesihatan malaysia,Kesihatan Melayu,Kesihatan melayu,Kesihatan gambar,Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan,Kesihatan kl,Kesihatan bf1,Kesihatan video,Kesihatan foto,Kesihatan malaysia,Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon,Kesihatan Indonesia,Kesihatan gambar,Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan, Kesihatanpencegahan,foto,pembedahan,penjagaan kulit,operasi,jantung tersumbat, gejala, medik, gambar,operasi, organik,kolesterol, berat badan,jantung tersumbat, gim, obesiti, petua,lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi,gambar, senaman, silat,Khasiat, Anggur Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan,Penjagaan, Rapi, Bagi, Kehamilan, Berisiko, Kesihatan bf1,Kesihatan foto,Kesihatan Indon,Asia,jasmani,

Disfungsi Saraf Pemicu Hiperseks

gLDqHnWsB6

Disfungsi Saraf Pemicu Hiperseks

HUBUNGAN seks yang dilakukan secara benar dengan pasangan memiliki banyak manfaat bagi kesehatan. Namun bila libido seks tak terkontrol lagi, waspadai, jangan-jangan Anda mengalami hiperseks.

Berhubungan seks tak melulu berkonotasi negatif. Hubungan seks yang dilakukan secara teratur dengan pasangan resmi malah memiliki pengaruh yang luar biasa bagi kesehatan.Para dokter mengklaim bahwa bercinta dapat memperlambat proses penuaan, meningkatkan sistem kekebalan, meningkatkan sirkulasi, dan membuat hidup Anda lebih lama.

Dr David Weeks dari Royal Edinburgh Hospital percaya bahwa cara yang paling efektif untuk berpenampilan tetap muda adalah mempertahankan kehidupan seks yang aktif.

“Seks adalah olahraga aerobik yang paling menyenangkan karena seks dapat meningkatkan denyut jantung dan memompa oksigen sekitar tubuh yang dapat meningkatkan sistem kekebalan,” ujarnya.

Dr Weeks mengatakan, orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali seminggu terlihat empat sampai tujuh tahun lebih muda. Hal ini karena seks merupakan bentuk olahraga aerobik yang memberikan peremajaan kulit. Hubungan seks yang dilakukan dengan penuh semangat, berarti akan banyak oksigen yang terpompa di sekitar tubuh yang dibawa darah dan nutrisi pada permukaan kulit Anda.

Saraf , Saraf   kesihatan, Saraf   Video, Saraf   video, Saraf  malaysia, Senaman Petua Melayu, Saraf   gambar, Saraf bf1, Saraf  foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, Saraf, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, Saraf , gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, bedah, marmut