Tag Archives: penyakit

Senaman Tua

p1050400

Senaman Tua

[media id=23 width=500 height=400]

Senaman Tua

Senaman Tua atau ‘Senaman Perkasa’ itu berasal dari Perguruan Silat Melayu dan pergerakannya diambil dari ‘disiplin tradisi gerak dan kawalan nafas’.

Ia menjadi amalan harian guru-guru silat lelaki dan perempuan. Senaman tua tersebut telah dibukukan oleh Azlan Ghanie, penerbit majalah Seni Beladiri dan beliau adalah pengasas Senaman Perkasa (SP) yang pernah diperkenalkan beberapa tahun lalu di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Azlan Ghanie telah menemui lebih 1,000 guru-guru utama dan guru-guru tua samada silat dan bukan silat dan beliau telah membukukan cerita serta amalan mereka dalam buku Senaman Tua yang merupakan teras kepada program kesihatan dan kecerdasan atas branding baru – ‘Senaman Perkasa’ yang akan diperkenalkan ke seluruh negara kelak, justeru membantu umat Islam meningkatkan jati diri, kesihatan dan kecerdasan mental dan fizikal tanpa perlu kepada Yoga.

Menurut pakar kesihatan dan sains sukan serta bekas pesakit, Senaman Perkasa sebenarnya mampu merawat penyakit jantung, sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, asma, resdung, bahu beku, leukimia, kegemukan (obesiti), ghout dan sebagainya.

Senaman ini dalam sains sukan dikategorikan sebagai kalistenik. Ia merawat penyakit dan kecederaan melalui senaman dan gerak pernafasan. Juga yang uniknya, ia aerobik dan anaerobik iaitu mengenai perjalanan darah dan kekuatan jantung (kadeo vaskular). Pengakuan ikhlas para pengamal senaman tersebut dalam buku Senaman Tua dan VCD Senaman Tua telah menjadi bukti.

Untuk kecergasan dan kesihatan, buku Senaman Tua merupakan dokumentari yang membuktikan tamaddun dan tradisi bangsa Melayu juga cukup terbilang! Seperti perumpamaan yang menyebutkan “Hanya jauhari yang mengenali manikam”. Justeru, kalau bukan kita yang mempromosi dan memperkasakan jatidiri bangsa sendiri.

Senaman Tua, Senaman Tua kesihatan, Senaman Tua Video, Senaman Tua video, Senaman Tua malaysia, Senaman Petua Melayu, Senaman Tua gambar, Senaman Tua bf1, Senaman Tua foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, berat badan, diet, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat , tua


senaman buang peluh dan lemak

0

senaman buang peluh dan lemak

[media id=22 width=500 height=400]

Senaman tradisi Melayu merupakan himpunan senaman tradisional yang berkaitan dengan peningkatan tenaga batin iaitu semasa proses hubungan kelamin atau jimak.

TEKNIK-TEKNIK

Senaman Pertama

Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di atas lutut dan bahu harus terbuka lebar. Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga paru-paru terasa penuh dengan udara. Tahan nafas dan biarkan udara berada di dalam paru-paru sekitar tujuh saat sebelum ia dihembus keluar secara perlahan sehingga paru-paru terasa kosong. Ketika udara dihembus, perut hendaklah dikempiskan dan tumpu tenaga ke arah dada. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.

Kebaikan:

Senaman ini seelok-eloknya dilakukan di subuh hari kerana ia melibatkan proses pertukaran udara badan. Gerakan ini dapat membangkitkan kekuatan otot belakang terutamanya di bahagian tengah belakang dan ia menguatkan stamina jimak.

Senaman Kedua

Duduk dalam keadaan dua tumit kaki bertemu dan bawakan ia hampir dengan kemaluan. Tegakkan belakang. Tarik nafas hingga paru-paru terasa penuh secara perlahan-lahan. Ketika menarik nafas, tekan kedua-dua kepala lutut dengan tapak tangan (kiri dan kanan) supaya lutut dapat mencecah lantai. Jika tidak boleh, buat setakat termampu. Pada waktu yang sama, kemut otot zakar sepaya kepala zakar kembang. Tahan nafas selama tujuh saat dan hembus keluar secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.

Dari kedudukan sebelumnya, tarik nafas semula secara perlahan-lahan. Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat paha di bahagian paha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung paha ke pangkal paha dan akhirnya gerakan melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar. Urutan dilepaskan jika mahu mencecah kepala zakar. Selepas itu lepaskan nafas.

Kebaikan:

Gerakan ini bertujuan untuk rnengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di sini. la juga membesarkan kembali zakar yang kecil. Disarankan supaya urutan dibuat menggunakan minyak urut.

Senaman Ketiga

Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas perfahan-lahan sambil menarik ibu jari kaki menghampiri kemaluan. Lutut seboleh-bolehnya mencecah lantai. Jika zakar tegang, celahkan kepala zakar di antara kedua tapak kaki (di bahagian yang melengkung). Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang dan akan terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas dilepaskan secara perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap disatukan. Tarik nafas dengan dalam secara perlahan-lahan dan rebahkan tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki. Jejakkan kepala ke lantai jika mampu, kalau tidak, lakukan setakat terdaya. Balik ke kedudukan asal dan hembuskan nafas.

Kebaikan:

Gerakan ini mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang. la dapat membantu meningkatkan tenaga batin yang lemah.

senaman buang peluh, senaman buang peluh kesihatan, senaman buang peluh Video, senaman buang peluh video, senaman buang peluh malaysia, Senaman Petua Melayu, senaman buang peluh gambar, senaman buang peluh bf1, senaman buang peluh foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, berat badan, diet, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar, tradisional, tip, video, terkini, web, harian, baru, bf1, silat,  hidayah, melayu , hidayah,  silat, gerak, kilat,  kilat,  tangkas,  persatuan, silat, SPRM

Pembedahan Kanser Payudara

18012s

Pembedahan Kanser Payudara

[media id=55 width=500 height=400]

Kami di Gsi World Wide ingin berkongsi maklumat tentang bahaya kanser payudara.

Rahsia rawatan kanser payudara terkini.Jumpa anda di Gsi World Wide.

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat.

Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

Rawatan

Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.

Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.

Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).

Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak – malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.

Pembedahan Kanser Payudara, Pembedahan Kanser Payudara  kesihatan, Pembedahan Kanser Payudara  Video, Pembedahan Kanser Payudara  video, Pembedahan Kanser Payudara malaysia, Senaman Petua Melayu, Pembedahan Kanser Payudara  gambar, Pembedahan Kanser Payudara  bf1, Pembedahan Kanser Payudara foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1,