Tag Archives: pemakanan

Penjagaan kesihatan kanak-kanak

funky-baby-clothes

Penjagaan kesihatan kanak-kanak

MEMASTIKAN anak anda sentiasa sihat adalah tugas yang besar dan boleh menjadi mimpi yang paling ngeri untuk para ibu bapa!

Dua tahun pertama kanak-kanak adalah yang paling penting kerana pada ketika inilah pembentukan otak berlaku. Jika seseorang wanita tidak mendapat cukup khasiat semasa hamil, atau jika anaknya tidak mendapat khasiat secukupnya pada ketika ini, pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak mungkin menjadi perlahan. Ini tidak boleh digantikan apabila kanak-kanak lebih tua – ia akan menjejaskan kanak- kanak seumur hidupnya.

Kanak-kanak Asia bercerai susu awal jadi ibu bapa mestilah menjadikannya satu tabiat agar memberi mereka sekurang-kurangnya 2-3 gelas susu setiap hari, sehingga mereka remaja. Kalsium adalah penting untuk tulang yang sihat.

Disebabkan iklan, kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh makanan ringan yang tidak menyihatkan. Dalam jangka masa panjang, ini mungkin membawa kepada kekurangan zat atau obesiti.

Memakan makanan ringan antara waktu sajian adalah sangat dilarang. Oleh kerana sukar untuk mengawal hal ini sepenuhnya, adalah perlu untuk memberi suplemen multivitamin kepada mereka bagi mengurangkan kesan negatif.

Sama ada anak anda baru bertatih-tatih atau remaja, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki pemakanan dan menggalakkan tabiat makan yang bijak walaupun dari segi amalan, diet yang seimbang di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk diikuti.

Berikut adalah beberapa garis panduan yang diberi oleh Klinik Mayo untuk diet yang sihat.

Sejak lahir hingga 2 tahun:

* Susu badan adalah satu-satunya makanan yang terbaik untuk bayi sejak lahir hingga berumur enam bulan. Ia memberi pemakanan yang baik dan melindungi daripada jangkitan. Penyusuan bayi harus diteruskan selama sekurang-kurangnya tahun pertama, jika boleh. Jika menyusukan bayi adalah mustahil atau tidak diingini, formula yang diperkaya zat besi (bukan susu lembu) tidak seharusnya diguna sepanjang 12 bulan pertama. Susu lengkap lembu boleh diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu selepas umur 12 bulan.

* Bayi yang disusui ibu yang tidak mendapat pendedahan yang kerap terhadap cahaya matahari mungkin perlu menerima suplemen vitamin D.

* Mula dengan makanan pejal pada umur empat hingga enam bulan. Kebanyakan pakar mengesyorkan bijirin beras bayi yang diperkaya dengan zat besi sebagai makanan pertama.

* Mulakan sesuatu makanan baru pada satu masa supaya lebih mudah untuk mengenal pasti makanan yang bermasalah. Contohnya, tunggu satu minggu sebelum menambah setiap bijirin, sayuran atau makanan baru yang lain.

* Guna makanan kaya zat besi, seperti bijian, bijirin yang diperkaya zat besi, dan daging.

* Jangan beri madu kepada bayi sepanjang 12 bulan pertama.

* Jangan hadkan lemak sepanjang dua tahun yang pertama.

Dua tahun dan lebih tua:

* Beri pelbagai jenis makanan, termasuk buahbuahan, sayur-sayuran, dan bijian lengkap.

* Guna garam (kalium) dan gula secara sederhana.

* Galakkan diet yang rendah lemak, lemak tepu dan kolesterol.

* Bantu anak anda mengekalkan berat yang sihat dengan memberi makanan yang betul dan galakkan mereka agar kerap bersenam.

Beberapa penyakit biasa yang boleh dicegah di kalangan kanak-kanak melalui pengimunan termasuk polio, kancing gigi, campak dan cacar air. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan untuk membawa anak-anak mereka mengunjungi doktor bagi mengurangkan jangkitan, sakit dan kadar kematian.

Tiada kaedah yang pasti selamat untuk mengelakkan sebarang jangkitan biasa dan selalunya, ia mengambil masa satu atau dua minggu untuk menghilangkannya. Walau bagaimanapun, menggalakkan dan mengamalkan kebersihan diri yang baik adalah seiring dengan langkah-langkah ke arah mencegah jangkitan yang biasa ini.

Penjagaan kesihatan kanak, Penjagaan kesihatan kanak kesihatan, Penjagaan kesihatan kanak Video, Penjagaan kesihatan kanak video, Penjagaan kesihatan kanak malaysia, Senaman Petua Melayu, Penjagaan kesihatan kanak gambar, Penjagaan kesihatan kanak bf1, Penjagaan kesihatan kanak foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, Penjagaan, kesihatan, kanak,kanak

STROKE

stroke-main_Full

STROKE

STROKE STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.

Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauhmana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Faktor umum penyebab stroke ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Serangan stroke secara tiba-tiba ini membuatkan si mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan.

Lemah dan lumpuh akibat stroke ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak yang lebih penting peranannya.

Bagaimanapun bukan semua jenis stroke akan menyebabkan lumpuh. Ini kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Bagaimanapun kes begini jarang berlaku dan hampir 85 peratus mangsa stroke akan mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa kepada lumpuh sementara atau kekal.

PENYEBAB STROKE

SAMA seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.

Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakkan disebabkan oleh perkaitan tersebut.

Teriadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya.

PENYAKIT

HALANGAN arteri di dalam otak boleh juga berpunca daripada beberapa penyakit pembuluh itu sendiri yang akan menyebabkan pembuluh tersumbat. Darah yang membeku boleh menjadi punca ia tersekat dan ini dipanggil cerebral embolism. Manakala Throm-bosis atau pembekuan darah berlaku apabila arteri disekat oleh lemak yang melekat di dinding arteri.

Embolisms Embolisms boleh disebabkan oleh penyakit jantung atau gangguan pada arteri utama. Penyakit jantung dan stroke berkait antara satu sama lain. Banyak bukti menunjukkan beberapa jenis serangan jantung akan menyebabkan stroke pada si mangsa.

Manakala bagi penyakit cerebral haemorrhages iaitu salur darah pecah juga boleh menjadi punca stroke. Dinding salur darah yang tidak kuat dipanggil aneurysms akan pecah apabila menerima tekanan darah yang lebih tinggi daripada biasa. Tekanan darah tinggi juga memberi kesan pada ketahanan dinding pembuluh darah.

Sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tnggi untuk mendapat stroke berbanding yang lain. Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang stroke? Selain pesakit jantung, mereka yang mengidap penyakit diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok merupakan mereka yang paling berisiko untuk mendapat stroke. Ramai beranggapan faktor keturunan sebagai punca penyakit stroke tetapi ternyata masih tidak terdapat sebararg bukti tentang faktor ini.

TANDA

SESETENGAH pesakit akan mengalami petanda dan amaran beberapa minggu atau bulan sebelum diserang stroke yang serius. Biasanya tanda-tanda ini termasuklah rasa lemah anggota badan {sebelah kiri atau kanan badan) dan pandangan mata yang beransur kabur. Bagaimanapun kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang tanda amaran bagi membolehkan mereka menjalani rawatan.

Cuma yang mungkin dapat dirasai pesakit ialah apabila mereka dapati sebelah badan terasa sakit dan lemah sehingga membawa kepada lumpuh. Begitu juga dengan kehilangan keupayaan bercakap dan apabila bertutur semakin sukar difahami.

Tidak ada apa yang lebih mengembirakan kepada para pesakit kronik seperfi stroke apabila mempunyai harapan untuk sembuh begitu juga sekiranya mendapat tahu tentang penemuan baru untuk menyembuhkan penyakit yang dideritai.

STROKE , STROKE  kesihatan, STROKE  Video, STROKE  video, STROKE  malaysia, Senaman Petua Melayu, STROKE  gambar, STROKE  bf1, STROKE  foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, STROKE

Pemuliharaan Payudara

lady_rose

Pemuliharaan Payudara

[media id=31 width=500 height=400]

Payudara adalah organ tubuh bagian atas dada dari spesies mamalia berjenis kelamin betina, termasuk manusia.

Payudara setiap wanita telah ditetapkan saiznya yang telah ditentukan mengikut penentuan genetik, tetapi kebanyakan daripada kita kehilangan potensi mendapatkan payudara yang sewajarnya semasa remaja. Beberapa faktor boleh memberikan kesan terhadap tahap hormon semasa payu dara sedang membesar. Ini termasuk pemakanan yang tidak betul, vitamin atau garam galian yang tidak mencukupi, menghadapi tekanan dan terlalu banyak atau pun terlalu kurang melakukan senaman. Terdapat kemungkinan yang amat besar yang payu dara anda tidak berpeluang untuk membesar kepada saiz yang sepatutnya.

Pemuliharaan Payudara , Pemuliharaan Payudara  kesihatan, Pemuliharaan Payudara  Video, Pemuliharaan Payudara  video, Pemuliharaan Payudara  malaysia, Senaman Petua Melayu, Pemuliharaan Payudara  gambar, Pemuliharaan Payudara  bf1, Pemuliharaan Payudara  foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, Pemuliharaan, Payudara