Tag Archives: operasi

Konsumsi Selai Kacang Untuk Kesehatan

2253990490-konsumsi-selai-kacang-untuk-kesehatan

Konsumsi Selai Kacang Untuk Kesehatan

Selai kacang adalah pelengkap sempurna untuk roti tawar agar rasanya menjadi lebih gurih dan lezat.

Tapi, jika mempertimbangkan berat badan, kita cenderung hanya memakan roti tawarnya saja tanpa mengolesinya dengan selai kacang atau menggantinya dengan selai lain.

Meskipun mengandung kalori yang cukup tinggi, selai kacang memiliki manfaat yang sangat besar bagi kesehatan Anda, selama tidak dikonsumsi secara berlebihan.

Fakta mengenai kandungan kalori yang tinggi pada selai kacang, meskipun kadarnya tinggi, namun tetap sehat dan sangat bermanfaat bagi tubuh.

Kalori yang terdapat dalam selai kacang sebagian besar merupakan lemak tak jenuh yang aman bagi tubuh. Selai kacang juga terdiri dari 30 vitamin berbeda, mineral dan phytonutrient. Kandugan protein, magnesium, phosphor, serat, dan vitamin E pada selai kacang juga sangat baik untuk memenuhi kebutuhan tubuh kita.

Penelitian menunjukan seseorang yang suka mengonsumsi selai kacang, akan terkena resiko obesitas dan kenaikan berat badan lebih kecil dibandingkan dengan seseorang yang tidak pernah mengonsumsinya.

Hal itu karena mengonsumsi selai kacang membuat Anda kenyang lebih lama dan meredam hasrat ngemil. Makan selai kacang secara teratur juga bisa mengurangi resiko terkena penyakit kardiovaskular dan diabetes tipe 2.

Anda juga bisa diet dengan mengurangi konsumsi karbohidrat dan memperbanyak konsumsi protein yang didapatkan dari selai kacang. Protein akan membuat rasa kenyang lebih lama dan Anda bisa mendapatkannya melalui protein yang sehat yaitu protein nabati dari selai kacang.

Seimbangkan juga menu makanan Anda dengan buah dan sayur. Ingat saja, mengonsumsi selai kacang sebenarnya bisa meningkatkan kesehatan selama dalam takaran yang tepat dan tidak berlebihan.

Konsumsi Selai Kacang , Konsumsi Selai Kacang   kesihatan, Konsumsi Selai Kacang   Video, Konsumsi Selai Kacang   video, Konsumsi Selai Kacang  malaysia, Senaman Petua Melayu, Konsumsi Selai Kacang   gambar, Konsumsi Selai Kacang   bf1, Konsumsi Selai Kacang  foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1,

10 Tips Ringkas Kuruskan Badan

10 Tips Ringkas Kuruskan Badan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten.

Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 – 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari – 1.30 petang)
Minum petang (3.30 – 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang – 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Tips Kuruskan Badan, Tips Kuruskan Badan kesihatan, Tips Kuruskan Badan Video, Tips Kuruskan Badan video, Tips Kuruskan Badan malaysia,  Tips Kuruskan Badan gambar, Tips Kuruskan Badan bf1, Tips Kuruskan Badan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jTips Kuruskan Badan ,pencegahan, Dunia, foto,pembedahan, penjagaan kulit, operasi, Tips Kuruskan Badan, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, Tips Kuruskan Badan, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat,

PENYAKIT BUAH PINGGANG PENGHIDAP DIABETES

IMAG049811

PENYAKIT BUAH PINGGANG PENGHIDAP DIABETES

Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolite (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (prises – di mana sel darah merah (erythrocytes) dihasilkan).

Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah pinggang dikenali sebagai nephrologi.Awalan nephro- bererti buah pinggan dari perkataan Yunani nephros (νεφρός); tambahan renal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataan Latin rēnēs, bererti buah pinggang.

Penapisan darah

Darah memasuki buah pinggang melalui arteri renal dalam sinus renal. Ia berpecah kepada arteri bahagian (segmental arteries), yang kemudiannya berpecah lebih lanjut kepada arteri interlobar menembusi kapsul renal dan merentasi melalui kolum renal melalui piramid renal. Arteri interlobar kemudiannya membekalkan darah kepada arteri arcuate yang merentasi sempadan cortex dan medula. Each arteri arcuate membekalkan pelbagai arteri interlobar tambahan yang memuatkan ke dalam afferent arterioles untuk ditapis melalui nephron. Selepas penapisan berlaku darah bergerak melalui jaringan venules halus yang bertemu pada interlobar veins. Sebagaimana pengagihan arteriole, pengagihan urat menurut pola yang sama, interlobar membekalkan darah pada urat arcuate kemudian kembali kepada urat interlobar yang kemudiannya membentuk urat renal keluar dari buah pinggang.

Penapisan darah berlaku dalam nephron, yang terdapat dalam buah pinggang.

Penyingkiran bahan kumuhan

Buah pinggang menyingkirkan pelbagai bahan perkumuhan yang dihasilkan melalui metabolism, termasuk sisa bernitrogen: urea (dari katabolism protein) dan asid urik (daripada metabolik asid nukleik) dan air.

Homeostasis

Buah pinggang merupakan salah satu dari organ utama terbabit dalam homeostasis keseluruhan tubuh. Antara fungsi homeostatiknya termasuk mengimbangi asas-asid, mengawal kepekatan elektrolyte, mengawal isipadu darah, dan mengawal tekanan darah. Buah pinggang melaksanakan fungsi homeostatik ini secara bebas dan melalui koordinasi dengan organ lain, terutama bersama dengan sistem endokrin. Buah pinggang berhubung dengan organ ini melalui hormon yang dirembes kedalam aliran darah.

Mengimbangi asas-asid

Buah pinggang mengawal tahap pH darah ddengan menyesuai aras ion H+, dirujuk sebagai penguat kepekatan ion galian, termasuk juga komposisi air dalam darah.

Tekanan darah

Rencana utama: sistem Renin-angiotensin

Ion sodium dikawal dalam proses homeostatik yang membabitkan aldosterone yang meningkat penyerapan semula ion sodium dalam (distal convoluted tubules).

Isipadu plasma

Sebarang peningkatan atau penurunan dalam osmolaliti plasma dikesan oleh hipothalamus, yang berhubung secara lansung dengan kelenjar pituitari posterior. Peningkatan dalam osmolaliti menyebabkan kelenjar merembes hormon antidiuretik, menyebabkan penyerapan air oleh buah pinggang dan peningkatan pada kepekatan kencing. Kedua faktor bekerjasama bagi memulih osmolaliti plasma kepada tahap normal.

Rembesan hormon

Buah pinggang merembes pelbagai hormon. Erythropoietin dibebaskan sebagai tindak balas kepada tahap O2 rendah dalam kitaran renal (kencing). Ia merangsang penghasilan erythrocyte dalam sum-sum tulang merah. Renin terbabit dalam pengawalan rembesan aldosterone melalui sistem renin-angiotensin-aldosterone. Calcitriol, bentuk aktif bagi vitamin D, merangsang penyerapan Ca2+ dari darah dan penyingkiran PO32-. Kesemua membantu peningkatan aras

Rawatan kombinasi.

Kajian daripada bahagian kedua ADVANCE (Tindakan dalam Diabetes dan Penyakit Vaskular) adalah kajian klinikal terbesar yang pernah dilakukan terhadap pesakit-pesakit yang menghidap Diabetes jenis 2. Lebih daripada 11,000 pesakit-pesakit diabetes ini telah dipilih secara rawak bagi menjalani kajian klinikal yang melibatkan 215 buah pusat klinikal di seluruh Asia dari 20 buah negara (Asia, Australasia, Eropah dan Amerika Utara). Di Malaysia sendiri, terdapat lima buah pusat klinikal di Malaysia yang terlibat dalam kajian ADVANCE. Majoriti pesakit dalam kajian ini menerima empat biji tablet ‘gliclazide MR’ (modified release), bersama ubat-ubatan lain untuk gula dalam darah lain, pada setiap hari. Objektif kombinasi rawatan ini adalah untuk mencapai tahap bacaan haemoglobin A1c (HbA1c), sukatan gula dalam darah yang sama atau kurang daripada 6.5 peratus. Hasil kajian bahagian kedua pengurangan intensif gula dalam darah telah dibentangkan buat kali pertamanya di American Diabetes Aassociation Scientific pada 6 Jun 2008 di San Francisco.

Pengurangan tahap gula dalam darah secara perlahan.

Menurut Perunding Kanan Pakar Endokrinologi, Profesor Chan Siew Pheng, kakian daripada bahagian kedua ADVANCE ini telah membuktikan bahawa mengurangkan tahap gula dalam darah secara perlahan kepada 6.5 peratus (HbA1c) merupakan cara yang selamat dan berkesan untuk mengurangkan komplikasi serius  akibat diabetes, terutama risiko penyakit buah pinggan, seramai 21 peratus. Risiko penyakit buah pinggang akibat diabetes adalah yang paling serius dan melumpuhkan sehingga boleh membawa kepada satu kematian dalam lima pesakit diabetes. Selain itu dalam laporan itu juga pengurangan sebanyak 30 peratus dalam kes-les penemuan protein dalam air kencing.

Profesor Chan juga memberitahu bahawa ADVANCE juga membuktikan bahawa secara  keseluruhan, komplikasi dan risiko diabetes yang serius juga dapat dikurangkan sehingga 10 peratus dengan 12 peratus pengurangan dalam risiko kardiovaskular. Keputusan kajian tersebut amat penting kerana menurut Profesor Chan terdapat peningkatan yang konsisten dalam penyakit buah pinggang di kalangan rakyat Malaysia.

PENYAKIT BUAH PINGGANG , PENYAKIT BUAH PINGGANG  kesihatan, PENYAKIT BUAH PINGGANG  Video, PENYAKIT BUAH PINGGANG  video, PENYAKIT BUAH PINGGANG  malaysia, Senaman Petua Melayu, PENYAKIT BUAH PINGGANG  gambar, PENYAKIT BUAH PINGGANG  bf1, PENYAKIT BUAH PINGGANG  foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, PENYAKIT, BUAH, PINGGANG, PENGHIDAP, DIABETES