Tag Archives: kanak kanak

Tumor Otak

tumor-meningioma-maligna

Tumor Otak

Tumor Otak merupakan ketumbuhan yang berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di sekelilingnya, ia boleh diklasifikasikan sebagai:

Tumor Benigna (Bukan Kanser)

Tumor ini tumbuh secara perlahan-lahan dan ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan. Jika tumor ini berjaya dibuang, ia tidak lagi menimbulkan apa-apa masalah. Walaubagaimanapun, jika tumor itu terletak berdekatan dengan mana-mana struktur otak yang penting, ia boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang serius kerana sesuatu ketumbuhan yang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi atau boleh mengancam nyawa. Kadangkala, ia menimbulkan kesulitan untuk dibuang kerana kedudukannya itu.

Tumor Malignan (Kanser)

Sel-sel ketumbuhan ini berkemampuan untuk merebak ke bahagian-bahagian yagn lain (kanser). Ia menyerang dan merebak dengan begitu cepat. Tetapi, tumor otak malignan ini jarang sekali merebak keluar dari sistem saraf pusat.

Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ia berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:

Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding dengan waktu tengah hari.

Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.

Sakit kepala yang menjadi teruk ketika batuk , bersin dan menunduk.

Dikalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:

Loya dan muntah.

Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.

Gangguan makan.

Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.

Perubahan gaya berjalan (berjalan terincut-incut), atakasia (terhuyung hayang).

Kesukaran untuk berjalan.

Keletihan dan terasa lemah badan.

Peningkatan berat badan.

Perubahan pada endokrin.

Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan gejala seperti berikut:

Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.

Epilepsy (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)

Gangguan percakapan.

Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.

Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemerosotan proses mental.

Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi)

Hilang daya imbangan terutama jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kebebasan sebelah badan.

Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.

Tumor Otak , Tumor Otak  kesihatan, Tumor Otak  Video, Tumor Otak  video, Tumor Otak  malaysia, Senaman Petua Melayu, Tumor Otak  gambar, Tumor Otak  bf1, Tumor Otak  foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat , bf1, Tumor, Otak

Olahraga Turunkan Risiko Tumor Otak

Olahraga Turunkan Risiko Tumor Otak

MANFAAT olahraga bagi kesehatan, siapa yang menyangkalnya? Sayang, walau sudah tahu manfaatnya, tapi banyak orang yang masih susah melakukan olahraga secara rutin. Kesibukan bekerja biasanya menjadi alasan utamanya. Sebuah penelitian di Amerika lagi-lagi menguatkan manfaat olahraga, khususnya bagi orang dewasa.

Hasil penelitian yang dilakukan Pusat Kanker Amerika (US National Cancer Institute) ini menyimpulkan bahwa olahraga pada usia dewasa bisa menurunkan risiko terjadinya tumor otak (glioma).

Steven C Moore dan timnya melakukan penelitian terhadap 500.000 responden yang terdiri atas pria dan wanita berusia 50 hingga 71 tahun. Mereka yang pada usia 15 hingga 18 tahun rajin melakukan olahraga, seperti bersepeda, renang, lari, dan jalan memiliki risiko 36 persen lebih rendah terkena glioma.

Hasil penelitian lainnya adalah semakin tinggi badan seseorang, semakin tinggi pula risiko terkena tumor atau kanker otak. Moore mengatakan bahwa setiap 10 sentimeter tambahan tinggi badan, bertambah pula risiko terkena glioma. Penelitian mengatakan, risiko glioma ini sangat berhubungan dengan “keseimbangan energi” pada masa pertumbuhan otak.

Orang bertubuh tinggi berarti memiliki tingkat perkembangan faktor IGF-1 yang tinggi juga pada masa kanak-kanak. Faktor IGF-1 itulah yang menyebabkan pembiakan sel terjadi lebih banyak. “Padahal apapun yang meningkatkan tingginya pembelahan sel memicu tumbuhnya kanker,” sebut Moore.

Olahraga, Olahraga  kesihatan, Olahraga  Video, Olahraga  video, Olahraga malaysia, Senaman Petua Melayu, Olahraga  gambar, Olahraga  bf1, Olahraga foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, Olahraga, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1,