Tag Archives: jantung tersumbat

Khasiat Anggur

Khasiat Anggur

[media id=83 width=500 height=400]

Anggur merupakan buah dalam keluarga Vitaceae. Buah ini biasanya digunakan untuk membuat jus anggur, jelly, minuman anggur, minyak biji anggur dan kismis, atau dimakan langsung.

  • Kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyal kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

Hibrida juga ada, utamanya merupakan persilangan dari V. vinifera dengan satu atau lebih varietas V. labrusca, V. riparia atau V. aestivalis.

Hibrida cenderung lebih tidak terpengaruh dingin (“frost”) dan penyakit (terutama phylloxera), tetapi minuman anggurnya kurang memiliki karakteristik aroma “foxy” labrusca.

Anggur laut Coccoloba uvifera merupakan anggota dari keluarga Buckwheat Polygonaceae dan merupakan tanaman asli di tanah di Laut Karibia.

Khasiat Anggur,Khasiat Anggur kesihatan,Khasiat Anggur Video,Khasiat Anggur video, Khasiat Anggur malaysia,Senaman Petua Melayu, Khasiat Anggur gambar,Khasiat Anggur  bf1,Khasiat Anggur foto,Kesihatan malaysia,Kesihatan Melayu,Kesihatan melayu,Kesihatan gambar, Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan,Kesihatan kl,Kesihatan bf1,Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon,Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1,Kesihatan foto, Kesihatan Indon,Asia,jasmani,pencegahan,foto,pembedahan,penjagaan kulit,operasi,jantung tersumbat, gejala, medik, gambar, operasi, organik,kolesterol, berat badan,jantung tersumbat, gim, obesiti, petua,lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi,gambar, senaman, silat,Khasiat, Anggur Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan

Perokok Lelaki Kurang Sperma

Perokok Lelaki Kurang Sperma

LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.

Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki.

Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh.

Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu. – Agensi

Faktor lain termasuklah pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.

Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah.

Hampir separuh doktor – 44 peratus – mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.

Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang.

Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.

Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain.

“Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.

“Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga,” katanya.

Perokok Lelaki,Perokok Lelaki kesihatan,Perokok Lelaki Video,Perokok Lelaki video,Perokok Lelaki malaysia,Senaman Petua Melayu,Perokok Lelaki gambar,Perokok Lelaki bf1,Perokok Lelaki foto,Kesihatan malaysia,Kesihatan Melayu,Kesihatan melayu,Kesihatan gambar,Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan,Kesihatan kl,Kesihatan bf1,Kesihatan video,Kesihatan foto,Kesihatan malaysia,Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon,Kesihatan Indonesia,Kesihatan gambar,Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan, Kesihatan kl,Kesihatan pencegahan,foto,pembedahan,Perokok Lelakikulit,operasi,jantung tersumbat, gejala, medik, gambar,operasi, organik,kolesterol, berat badan,jantung tersumbat, gim, obesiti, petua,lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi,gambar, senaman, silat, Anggur Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan,foto,bf1,Kesihatan,Perokok, Lelaki, Kurang Sperma

Bedah batu Dalam Hempedu

Bedah batu Dalam Hempedu

[media id=81 width=500 height=400]

“Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda

“Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku.

Apabila batu hempedu ini terjatuh ke dalam saluran hempedu ia boleh menyebabkan orang dewasa mendapat demam kuning dan akut pankreatitis.

Hati menghasilkan hempedu – sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

“Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

“Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda,” kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Simptom-simptom

  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    “Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan,” jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.

  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

    Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

    “Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa,” katanya.

    Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

    “Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu – sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk – sila dapatkan penjagaan kecemasan.

    “Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu,” terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:

  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui ‘batu-batu senyap’ ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk ‘tunggu dan lihat’ daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

batu Dalam Hempedu, batu Dalam Hempedu kesihatan, batu Dalam Hempedu Video, batu Dalam Hempedu video, batu Dalam Hempedu malaysia, Senaman Petua Melayu, batu Dalam Hempedu gambar, batu Dalam Hempedu bf1, batu Dalam Hempedu foto,Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan,Kesihatan kl,Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, jasmani,pencegahan,foto,pembedahan, penjagaan kulit, operasi, jantung tersumbat, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, jantung tersumbat, gim, obesiti, petua,lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar, senaman,  silat, batu, Dalam, Hempedu,Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia,