Tag Archives: tabiat

Perokok Lelaki Kurang Sperma

Perokok Lelaki Kurang Sperma

LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.

Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki.

Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh.

Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu.

Faktor lain

Pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.

Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah.

Hampir separuh doktor – 44 peratus – mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.

Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang.

Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.

Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain.

“Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.

“Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga,” katanya

kesihatan, laman, lelaki, laman kesihatan, sperma, kurang, perokok, perokok lelaki, lelaki kurang, kurang sperma, memiliki, lelaki yang, yang mempunyai, rendah, sperma rendah, masalah kesuburan, sebelum, sebagai, menurun, masa, setiap, tiga, akan, lain, separuh, walaupun, faktor, alkohol, penggunaan, hampir, ialah, punca, utama, punca utama, penjagaan, menjejaskan, menyedari, kesuburan lelaki, keluarga, lebih, dua, setengah, juta, lelaki, Britain, risiko, tinggi, kurang, subur, meneruskan, tabiat, merokok, pengambilan, minuman, keras, Doktor, berkata, lelaki, memulakan, gaya, hidup, peluang, memiliki, anak

Penjagaan kesihatan kanak-kanak

funky-baby-clothes

Penjagaan kesihatan kanak-kanak

MEMASTIKAN anak anda sentiasa sihat adalah tugas yang besar dan boleh menjadi mimpi yang paling ngeri untuk para ibu bapa!

Dua tahun pertama kanak-kanak adalah yang paling penting kerana pada ketika inilah pembentukan otak berlaku. Jika seseorang wanita tidak mendapat cukup khasiat semasa hamil, atau jika anaknya tidak mendapat khasiat secukupnya pada ketika ini, pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak mungkin menjadi perlahan. Ini tidak boleh digantikan apabila kanak-kanak lebih tua – ia akan menjejaskan kanak- kanak seumur hidupnya.

Kanak-kanak Asia bercerai susu awal jadi ibu bapa mestilah menjadikannya satu tabiat agar memberi mereka sekurang-kurangnya 2-3 gelas susu setiap hari, sehingga mereka remaja. Kalsium adalah penting untuk tulang yang sihat.

Disebabkan iklan, kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh makanan ringan yang tidak menyihatkan. Dalam jangka masa panjang, ini mungkin membawa kepada kekurangan zat atau obesiti.

Memakan makanan ringan antara waktu sajian adalah sangat dilarang. Oleh kerana sukar untuk mengawal hal ini sepenuhnya, adalah perlu untuk memberi suplemen multivitamin kepada mereka bagi mengurangkan kesan negatif.

Sama ada anak anda baru bertatih-tatih atau remaja, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki pemakanan dan menggalakkan tabiat makan yang bijak walaupun dari segi amalan, diet yang seimbang di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk diikuti.

Berikut adalah beberapa garis panduan yang diberi oleh Klinik Mayo untuk diet yang sihat.

Sejak lahir hingga 2 tahun:

* Susu badan adalah satu-satunya makanan yang terbaik untuk bayi sejak lahir hingga berumur enam bulan. Ia memberi pemakanan yang baik dan melindungi daripada jangkitan. Penyusuan bayi harus diteruskan selama sekurang-kurangnya tahun pertama, jika boleh. Jika menyusukan bayi adalah mustahil atau tidak diingini, formula yang diperkaya zat besi (bukan susu lembu) tidak seharusnya diguna sepanjang 12 bulan pertama. Susu lengkap lembu boleh diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu selepas umur 12 bulan.

* Bayi yang disusui ibu yang tidak mendapat pendedahan yang kerap terhadap cahaya matahari mungkin perlu menerima suplemen vitamin D.

* Mula dengan makanan pejal pada umur empat hingga enam bulan. Kebanyakan pakar mengesyorkan bijirin beras bayi yang diperkaya dengan zat besi sebagai makanan pertama.

* Mulakan sesuatu makanan baru pada satu masa supaya lebih mudah untuk mengenal pasti makanan yang bermasalah. Contohnya, tunggu satu minggu sebelum menambah setiap bijirin, sayuran atau makanan baru yang lain.

* Guna makanan kaya zat besi, seperti bijian, bijirin yang diperkaya zat besi, dan daging.

* Jangan beri madu kepada bayi sepanjang 12 bulan pertama.

* Jangan hadkan lemak sepanjang dua tahun yang pertama.

Dua tahun dan lebih tua:

* Beri pelbagai jenis makanan, termasuk buahbuahan, sayur-sayuran, dan bijian lengkap.

* Guna garam (kalium) dan gula secara sederhana.

* Galakkan diet yang rendah lemak, lemak tepu dan kolesterol.

* Bantu anak anda mengekalkan berat yang sihat dengan memberi makanan yang betul dan galakkan mereka agar kerap bersenam.

Beberapa penyakit biasa yang boleh dicegah di kalangan kanak-kanak melalui pengimunan termasuk polio, kancing gigi, campak dan cacar air. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan untuk membawa anak-anak mereka mengunjungi doktor bagi mengurangkan jangkitan, sakit dan kadar kematian.

Tiada kaedah yang pasti selamat untuk mengelakkan sebarang jangkitan biasa dan selalunya, ia mengambil masa satu atau dua minggu untuk menghilangkannya. Walau bagaimanapun, menggalakkan dan mengamalkan kebersihan diri yang baik adalah seiring dengan langkah-langkah ke arah mencegah jangkitan yang biasa ini.

Penjagaan kesihatan kanak, Penjagaan kesihatan kanak kesihatan, Penjagaan kesihatan kanak Video, Penjagaan kesihatan kanak video, Penjagaan kesihatan kanak malaysia, Senaman Petua Melayu, Penjagaan kesihatan kanak gambar, Penjagaan kesihatan kanak bf1, Penjagaan kesihatan kanak foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, Penjagaan, kesihatan, kanak,kanak