Tag Archives: rendah

Urus Tekanan Darah Anda

Urus Tekanan Darah Anda

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.

Periksa tekanan darah anda.Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:

Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.

Kawal Kolesterol

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain.

Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Makan Dengan Lebih Baik

Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru tentang jenis-jenis lemak.

Kita juga ada banyak persoalan berkaitan dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda. Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.

kesihatan, laman, darah, laman kesihatan, kolesterol, tekanan, untuk, tekanan darah, dalam, dengan, darah anda, jantung, makan, makanan, sihat, adalah, lemak, atom laman, dari, tinggi, lebih, boleh, yang sihat, baik, atau, tidak, kategori, langganan, diet, urus, urus tekanan, maklumat, darah tinggi, banyak, kawal, kawal kolesterol, makan dengan, dengan lebih, lebih baik, penyakit, hidup, tanpa, pemakanan, bagi, mengurangkan, tisu, risiko, kurang, post,  buah, juga, kepada, badan, kita, mendapat, makanan yang, comments, tubuh, rendah, posts, rohani, masyarakat, berkaitan, paling, penyakit jantung, terlalu, yang boleh, badan anda, mereka, angin, ahmar, angin ahmar, penting, gaya, gaya hidup, semua, menurunkan, garam, berat, tetapi, kolesterol darah, trans, lemak mengandungi, sayuran, setiap, sama, fizikal, bertujuan, membentuk, akan, pada, tinggi yang, memberi, menyebabkan, koyakan, sumbatan, mengekalkan, anda dalam, anda mengurangkan, mengurangkan risiko, yang tidak, ianya, kerana, satu, daripada, orang, ramai, serangan, serangan jantung, perubahan, terlalu banyak, darah adalah, peratus, yang anda, anda makan, anda untuk, tepu, lemak tepu, pakar, miligram, menurunkan kolesterol, kolesterol anda, membuat, tenusu, pilihan, serat, buahan, buah buahan, produk, hari, setiap hari, boleh membantu, membantu anda, pilih, perubatan, informasi, berkenaan, informasi berkenaan, berkenaan kesihatan, kesihatan dari, segenap, dari segenap, aspek, segenap aspek, aspek sama, sama fizikal, mental, fizikal mental, mental rohani, rohani diet

Perokok Lelaki Kurang Sperma

Perokok Lelaki Kurang Sperma

LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.

Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki.

Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh.

Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu.

Faktor lain

Pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.

Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah.

Hampir separuh doktor – 44 peratus – mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.

Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang.

Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.

Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain.

“Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.

“Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga,” katanya

kesihatan, laman, lelaki, laman kesihatan, sperma, kurang, perokok, perokok lelaki, lelaki kurang, kurang sperma, memiliki, lelaki yang, yang mempunyai, rendah, sperma rendah, masalah kesuburan, sebelum, sebagai, menurun, masa, setiap, tiga, akan, lain, separuh, walaupun, faktor, alkohol, penggunaan, hampir, ialah, punca, utama, punca utama, penjagaan, menjejaskan, menyedari, kesuburan lelaki, keluarga, lebih, dua, setengah, juta, lelaki, Britain, risiko, tinggi, kurang, subur, meneruskan, tabiat, merokok, pengambilan, minuman, keras, Doktor, berkata, lelaki, memulakan, gaya, hidup, peluang, memiliki, anak

Adakah Berbasikal Mengganggu Kesihatan Seksual atau Kesuburan Lelaki?

Adakah Berbasikal Mengganggu Kesihatan Seksual atau Kesuburan Lelaki?

Lelaki yang kerap berbasikal sering mengadu sakit dan kebas pada bahagian bawah tubuh mereka, maka persoalan sama ada duduk secara di atas pelana basikal itu membawa kesan jangka panjang kesihatan seksual, telah menjadi perkara yang diteliti secara saintifik. Terdapat beberapa bukti yang mencadangkan menunggang terlalu kerap boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Satu kajian pada tahun 2009 terhadap triatlet dari Universiti Cordoba di Sepanyol mendapati bahawa mereka yang paling banyak berbasikal mempunyai kualiti sperma yang paling rendah. Mereka yang menunggang lebih daripada 186 batu setiap minggu mempunyai kurang daripada 4 peratus sperma normal, satu tahap yang dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Satu kajian yang lebih baru terhadap lebih daripada 2,000 orang lelaki yang menghadiri klinik-klinik kesuburan di dalam kawasan Boston mendapati yang lelaki yang berbasikal lima jam atau lebih setiap minggu berisiko dua kali ganda lebih tinggi untuk dua penanda kemandulan: kepekatan sperma yang rendah, dan jumlah sperma motil (sperma aktif) yang rendah.

Kedua-dua kajian itu bagaimanapun tidak mengukur kesuburan lelaki secara langsung. Lauren Wise, profesor madya epidemiologi di Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Boston yang juga merupakan ketua penulis kajian Boston berkata, “Sekalipun keputusan kami disahkan dalam kajian-kajian lain, ia tidak jelas sama ada boleh atau sehingga ke tahap mana mutu air mani memberi gambaran masalah kesuburan (lelaki).”

Banyak kajian telah turut mengaitkan berbasikal dengan kadar mati pucuk dan disfungsi erektil yang lebih tinggi, disebabkan oleh tekanan tinggi pada saraf-saraf dan salur darah. Kebimbangan mengenai pelana tradisional menyekat aliran darah ke alat kelamin lelaki telah menyebabkan banyak pelana-pelana alternatif dihasilkan.

Satu kajian pada tahun 2008 ke atas pegawai-pegawai polis yang menunggang basikal mendapati bahawa menukar pelana tanpa muncung yang panjang terkeluar memberi kurang tekanan pada kelangkang, meningkatkan aliran darah ke zakar, dan merendahkan risiko disfungsi erektil (mati pucuk).

Kesihatan, berbasikal, seksual, adakah, adakah berbasikal, mengganggu, berbasikal mengganggu, lelaki, kesuburan, atau, kesuburan lelaki, kesihatan seksual, seksual atau, atau kesuburan, mengganggu kesihatan, Lelaki, berbasikal, mengadu, sakit, kebas, bahagian, bawah, tubuh, mereka,  pelana, basikal, kesihatan, seksual, saintifik, triatlet, Universiti, Cordoba, Sepanyol, mendapati, berbasikal, kualiti, sperma, rendah, menunggang, minggu, mempunyai, daripada, peratus, sperma, normal, masalah, kesuburan