Tag Archives: otak

Tumor Otak

tumor-meningioma-maligna

Tumor Otak

Tumor Otak merupakan ketumbuhan yang berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di sekelilingnya, ia boleh diklasifikasikan sebagai:

Tumor Benigna (Bukan Kanser)

Tumor ini tumbuh secara perlahan-lahan dan ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan. Jika tumor ini berjaya dibuang, ia tidak lagi menimbulkan apa-apa masalah. Walaubagaimanapun, jika tumor itu terletak berdekatan dengan mana-mana struktur otak yang penting, ia boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang serius kerana sesuatu ketumbuhan yang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi atau boleh mengancam nyawa. Kadangkala, ia menimbulkan kesulitan untuk dibuang kerana kedudukannya itu.

Tumor Malignan (Kanser)

Sel-sel ketumbuhan ini berkemampuan untuk merebak ke bahagian-bahagian yagn lain (kanser). Ia menyerang dan merebak dengan begitu cepat. Tetapi, tumor otak malignan ini jarang sekali merebak keluar dari sistem saraf pusat.

Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ia berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:

Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding dengan waktu tengah hari.

Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.

Sakit kepala yang menjadi teruk ketika batuk , bersin dan menunduk.

Dikalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:

Loya dan muntah.

Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.

Gangguan makan.

Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.

Perubahan gaya berjalan (berjalan terincut-incut), atakasia (terhuyung hayang).

Kesukaran untuk berjalan.

Keletihan dan terasa lemah badan.

Peningkatan berat badan.

Perubahan pada endokrin.

Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan gejala seperti berikut:

Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.

Epilepsy (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)

Gangguan percakapan.

Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.

Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemerosotan proses mental.

Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi)

Hilang daya imbangan terutama jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kebebasan sebelah badan.

Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.

Tumor Otak , Tumor Otak  kesihatan, Tumor Otak  Video, Tumor Otak  video, Tumor Otak  malaysia, Senaman Petua Melayu, Tumor Otak  gambar, Tumor Otak  bf1, Tumor Otak  foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat , bf1, Tumor, Otak

STROKE

stroke-main_Full

STROKE

STROKE STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.

Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauhmana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Faktor umum penyebab stroke ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Serangan stroke secara tiba-tiba ini membuatkan si mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan.

Lemah dan lumpuh akibat stroke ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak yang lebih penting peranannya.

Bagaimanapun bukan semua jenis stroke akan menyebabkan lumpuh. Ini kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Bagaimanapun kes begini jarang berlaku dan hampir 85 peratus mangsa stroke akan mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa kepada lumpuh sementara atau kekal.

PENYEBAB STROKE

SAMA seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.

Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakkan disebabkan oleh perkaitan tersebut.

Teriadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya.

PENYAKIT

HALANGAN arteri di dalam otak boleh juga berpunca daripada beberapa penyakit pembuluh itu sendiri yang akan menyebabkan pembuluh tersumbat. Darah yang membeku boleh menjadi punca ia tersekat dan ini dipanggil cerebral embolism. Manakala Throm-bosis atau pembekuan darah berlaku apabila arteri disekat oleh lemak yang melekat di dinding arteri.

Embolisms Embolisms boleh disebabkan oleh penyakit jantung atau gangguan pada arteri utama. Penyakit jantung dan stroke berkait antara satu sama lain. Banyak bukti menunjukkan beberapa jenis serangan jantung akan menyebabkan stroke pada si mangsa.

Manakala bagi penyakit cerebral haemorrhages iaitu salur darah pecah juga boleh menjadi punca stroke. Dinding salur darah yang tidak kuat dipanggil aneurysms akan pecah apabila menerima tekanan darah yang lebih tinggi daripada biasa. Tekanan darah tinggi juga memberi kesan pada ketahanan dinding pembuluh darah.

Sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tnggi untuk mendapat stroke berbanding yang lain. Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang stroke? Selain pesakit jantung, mereka yang mengidap penyakit diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok merupakan mereka yang paling berisiko untuk mendapat stroke. Ramai beranggapan faktor keturunan sebagai punca penyakit stroke tetapi ternyata masih tidak terdapat sebararg bukti tentang faktor ini.

TANDA

SESETENGAH pesakit akan mengalami petanda dan amaran beberapa minggu atau bulan sebelum diserang stroke yang serius. Biasanya tanda-tanda ini termasuklah rasa lemah anggota badan {sebelah kiri atau kanan badan) dan pandangan mata yang beransur kabur. Bagaimanapun kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang tanda amaran bagi membolehkan mereka menjalani rawatan.

Cuma yang mungkin dapat dirasai pesakit ialah apabila mereka dapati sebelah badan terasa sakit dan lemah sehingga membawa kepada lumpuh. Begitu juga dengan kehilangan keupayaan bercakap dan apabila bertutur semakin sukar difahami.

Tidak ada apa yang lebih mengembirakan kepada para pesakit kronik seperfi stroke apabila mempunyai harapan untuk sembuh begitu juga sekiranya mendapat tahu tentang penemuan baru untuk menyembuhkan penyakit yang dideritai.

STROKE , STROKE  kesihatan, STROKE  Video, STROKE  video, STROKE  malaysia, Senaman Petua Melayu, STROKE  gambar, STROKE  bf1, STROKE  foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, STROKE

Bangkitkan Semangat dalam 10 Menit

1930132663-bangkitkan-semangat-dalam-10-menit

Bangkitkan Semangat dalam 10 Menit

Bekerja saat akhir pekan terpaksa  Anda lakukan karena masih banyak pekerjaan yang belum selesai ? Rasa jenuh dan lelah pasti muncul saat Anda menyelesaikan pekerjaan tersebut.

Sebelum bekerja ada baiknya Anda kembalikan semangat dan energi agar bisa melanjutkan pekerjaan yang belum selesai. Lakukanlah hal berikut untuk membuat Anda semangat dan berenergi menyelesaikan pekerjaan.

1. Nikmati sinar matahari pagi.

Tidak mendapatkan sinar, merupakan salah satu alasan kenapa orang merasa lelah, dan lesu. Penelitian menunjukan bahwa sinar matahari dapat menstimulasi zat kimia dalam otak untuk meningkatkan mood. Berjemurlah sekitar 5-10 menit dan nikmati hangatnya sinar matahari pagi.

2. Jalan-jalan.

Sebuah studi mengungkapkan bahwa berjalan selama 10 menit, bisa meningkatkan semangat dan energi serta mengurangi stres. Jadi berjalan-jalanlah sekitar 10 menit sebelum memulai pekerjaan.

3. Bergerak dengan bertenaga.

Pikirkanlah bahwa apa yang kita lakukan seperti apa yang kita rasakan. Buat diri Anda lebih bersemangat dengan melakukan segala sesuatu lebih cepat dan penuh energi. Misalnya, ketika berbicara di telepon, berbicaralah dengan suara bertenaga atau saat sedang berjalan cobalah lebih bersemangat. Lakukan hal itu selam 10 menit. Penelitian menunjukkan ketika seseorang bergerak lebih cepat, metabolisme mereka juga meningkat dan itu berefek pada meningkatnya energi.

4. Dengarkan lagu favorit.

Mendengarkan lagu favorit berirama cepat merupakan cara yang cukup efektif membangkitkan energi Anda. Hal itu karena stimulasi melalui sistem pendengaran sangat berpengaruh pada mood Anda.

5. Berbicara dengan teman-teman yang enerjik

Kita tidak hanya mendapatkan energi saat berinteraksi dengan orang-orang yang enerjik tetapi juga bisa mendapatkan penularan semangat dari mereka. Berbicaralah hal-hal lucu dengan mereka, dengan begitu Anda bisa tertular semangat dan energi dari teman-teman Anda.

Bangkitkan Semangat, Bangkitkan Semangat  kesihatan, Bangkitkan Semangat  Video, Bangkitkan Semangat  video, Bangkitkan Semangat malaysia, Senaman Petua Melayu, Bangkitkan Semangat  gambar, Bangkitkan Semangat  bf1, Bangkitkan Semangat foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1,