Tag Archives: letih

Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal

Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal

Secara umum lelaki lebih kerap berhadapan dengan penyakit barah ginjal berbanding wanita. Mengikut anggaran umum, jumlah lelaki yang berhadapan dengan penyakit ini adalah dua kali ganda daripada wanita.

Malah, risiko barah ginjal semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Lebih 90 peratus daripada kes membabitkan mereka yang didiagnos dengan barah ginjal adalah pesakit yang berusia 45 tahun ke atas.

Pakar Onkologi Klinikal dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan Singh Khera, berkata umumnya pada waktu didiagnos, barah berkenaan sudah mengalami metastatis (merebak ke bahagian tubuh yang lain) di kalangan satu pertiga pesakit. Dr Gucharan berkata, sehingga kini 208,000 orang di seluruh dunia didapati menghidap barah buah pinggang setiap tahun manakala 102,000 individu meninggal dunia akibat penyakit itu setahun. Pada tahun lalu, 51,000 kes barah ginjal didiagnos di Amerika Syarikat dengan membabitkan 13,000 kematian. Katanya, walaupun wujud kemajuan dalam usaha memahami mekanisme pertumbuhan pelbagai jenis barah, barah ginjal masih menjadi penyakit yang belum difahami sepenuhnya.

“Apabila barah ginjal berada pada tahap lanjut, ia sangat sukar dikawal. Pada umumnya barah ginjal adalah penyakit yang tidak bertindak balas dengan kemoterapi atau terapi hormon,” katanya. Menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan mengenai kes barah di Malaysia pada 2003, ada 305 kes barah ginjal disahkan secara diagnosis di Semenanjung.

Faktor Risiko

  • Pesakit yang menjalani dialisis ginjal dan mereka yang mempunyai sejarah barah ginjal dalam keluarga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk diserang penyakit ini.
  • Merokok adalah faktor risiko utama barah ginjal. Perokok memiliki kebarangkalian dua kali ganda lebih tinggi berhadapan barah ginjal berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Obesiti dan penggunaan ubat penahan atau pelega kesakitan dalam jangka panjang juga boleh mengundang masalah ini.

Simptom

  • Darah dalam air kencing
  • Sakit belakang
  • Sakit pada sisi badan yang tidak hilang
  • Sakit atau pembesaran pada abdomen
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya
  • Hilang selera makan
  • Badan letih dan lesu

Rawatan

Rawatan barah ginjal bergantung pada tahap seriusnya penyakit itu dan keadaan kesihatan pesakit secara menyeluruh. Terapi utama bagi barah ginjal adalah pembedahan. Bagaimanapun, ia hanya berkesan jika semua barah dapat dibuang. Rawatan radiasi juga boleh dibuat apabila barah sudah merebak ke luar ginjal.

Selain itu, pesakit boleh menggunakan rawatan kemoterapi tetapi rawatan ini hanya boleh dilakukan pada sesetengah pesakit sahaja. Terdapat kaedah terapi baru yang digunakan kepada pesakit barah ginjal yang bertindak ke atas bahagian khusus sel barah. Rawatan ni menunjukkan keberkesanannya dalam rawatan pesakit barah ginjal lanjutan. Ini termasuk pengambilan ubat bagi menghalang pertumbuhan sel darah baru dan ubat yang mensasarkan faktor pertumbuhan sel penting yang lain.

Lelaki, Mudah, Menghidap, Barah, Ginjal, barah, ginjal, kesihatan, barah ginjal, kesihatan, lelaki, menghidap, menghidap barah, mudah, lelaki mudah, penyakit, pesakit, Darah, dalam, air, kencing, Sakit, belakang, Sakit, pada, sisi, badan, hilang, Sakit, pembesaran, abdomen, Kehilangan, berat, badan, puncanya, Hilang, selera, makan, Badan, letih, lesu, Terapi, utama,  barah, ginjal, pembedahan, Rawatan, radiasi, barah, merebak, luar, ginjal

kandungan di luar rahim

default

kandungan di luar rahim

[media id=3 width=500 height=400]

pembedahan laparoscopy kandungan di luar rahim. Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim.

Ada yang mengandung di luar rahim tetapi tidak mempunyai rungutan. Ada pula yang tidak tahu yang beliau mengandung. Lazimnya simptom-simptom yang dialami serupa dengan simptom mengandung seperti mual,loya,letih tidak bermaya dan sebagainya.Kerana itulah pentingnya syak wasangka terhadap mengandung sekiranya puan terdedah pada hubungan kelamin.Ujian air kencing serta pemeriksaan ultrasound awal seeloknya dilakukan. Ini bertujuan supaya dapat menyelamatkan tiub fallopian serta menambahkan kebarangkalian kejayaan mengandung pada masa hadapan.

Mungkin simptom-simptom berikut timbul sebelum puan tahu yang diri puan mengandung. Sekiranya puan berjumpa dengan doktor, pemeriksaan lanjutan boleh dilakukan seperti:

Pemeriksaan bimanual melalui faraj.

Pemeriksaan petanda vital seperti tekanan darah dan juga denyutan nadi.

Pemeriksaan ultrasound, lebih elok sekiranya pemeriksaan ultrasound dilakukan melalui faraj.

Pemeriksaan darah untuk tahap biokimia hormon human chorionic gonadotropin(hCG). Ujian ini akan dijalankan secara berkala dan sekiranya peningkatan parasnya diragui, mungkin puan berisiko untuk mengandung di luar rahim.

Ujian pencairan berganda air kencing, cara ini lebih cepat keputusannya jika dibandingkan dengan ujian darah. Setiap pencairan mempunyai nilaian hCG berpadanan dengan minggu serta kemajuan kandungan. Mengandung di luar rahim serta keguguran menyebabkan paras hormon hCG tidak berpadanan dengan usia kandungan. Puan mungkin perlu berada di wad untuk diamati supaya diagnosa dapat dipastikan serta kaedah rawatan yang sewajarnya.

kandungan di luar, kandungan di luar kesihatan, kandungan di luar Video, kandungan di luar video, kandungan di luar malaysia, kandungan di luar Melayu, kandungan di luar gambar, kandungan di luar bf1, kandungan di luar foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan melayu, Kesihatan web, Kesihatan kosong, foto, pembedahan, operasi, penyakit, gejala, operasi, gambar, video, terkini, web, harian, baru, bf1, pembedahan,  kandungan,  diluar,  rahim,