Tag Archives: kencing

Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

[media id=82 width=500 height=400]

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Perubahan Cara Hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.

  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Pemeriksaan Doktor dan Ubat

Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan.

Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal.

Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus.

Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
– Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
– Jangkitan kuman atau kencing kotor
– Kerosakan buah pinggang
– Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

Mengawal Kencing, Mengawal Kencing kesihatan, Mengawal Kencing Video, Mengawal Kencing  video, Mengawal Kencing  malaysia, Senaman Petua Melayu, Mengawal Kencing  gambar, Mengawal Kencing bf1, Mengawal Kencing  foto,Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan,Kesihatan kl,Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan,foto,pembedahan, penjagaan kulit, operasi, jantung tersumbat, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, jantung tersumbat, gim, obesiti, petua,lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar, senaman,  silat,Cara, Mengawal, Kencing, Manis

Kanser pundi kencing perokok

Kanser pundi kencing perokok

SEKUMPULAN pengkaji baru-baru ini mendedahkan bahawa seorang penghisap rokok mempunyai risiko lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menghisap rokok untuk mendapat penyakit kanser pundi kencing.

Jika sebelum ini, rokok sering dikaitkan dengan penyakit kanser paru-paru, namun pengkaji dari Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat mendapati perokok juga mempunyai risiko empat kali ganda untuk diserang kanser pundi kencing.

Namun, pada tahun terdahulu iaitu pada tahun 1990-an, risiko itu lebih rendah iaitu sebanyak tiga kali ganda kerana faktor-faktor revolusi rokok.

Mereka menemui bahawa peningkatan risiko itu berlaku kerana terdapat tambahan kimia toksin di dalam sebatang rokok yang sebahagiannya mempunyai kaitan dengan kanser buah pinggang.

Sebelum ini, banyak pengeluar yang mengurangkan kandungan tar dan nikotin di dalam rokok, namun ia digantikan dengan bahan-bahan toksin seperti beta-napthylamine yang meningkatkan risiko itu.

“Masalah kanser buah pinggang itu meningkat dalam tempoh 30 tahun lalu, namun bagi kanser paru-paru pula ia telah menurun,” ujar ketua penyelidik, Dr. Neal D. Freedman.

Kanser, pundi, kencing, perokok, pengkaji, mendedahkan, seorang, penghisap, rokok, risiko, tinggi, berbanding, menghisap, rokok, mendapat, penyakit, kanser, pundi, kencing, rokok, penyakit, kanser, paru-paru, pengkajim, Institut, Kanser, Nasional, Amerika Syarikat, perokok, risiko, empat, kali, ganda, kanser, pundi kencing, kanser, paru-paru, menurun, ketua, penyelidik, Dr. Neal D. Freedman

Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal

Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal

Secara umum lelaki lebih kerap berhadapan dengan penyakit barah ginjal berbanding wanita. Mengikut anggaran umum, jumlah lelaki yang berhadapan dengan penyakit ini adalah dua kali ganda daripada wanita.

Malah, risiko barah ginjal semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Lebih 90 peratus daripada kes membabitkan mereka yang didiagnos dengan barah ginjal adalah pesakit yang berusia 45 tahun ke atas.

Pakar Onkologi Klinikal dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan Singh Khera, berkata umumnya pada waktu didiagnos, barah berkenaan sudah mengalami metastatis (merebak ke bahagian tubuh yang lain) di kalangan satu pertiga pesakit. Dr Gucharan berkata, sehingga kini 208,000 orang di seluruh dunia didapati menghidap barah buah pinggang setiap tahun manakala 102,000 individu meninggal dunia akibat penyakit itu setahun. Pada tahun lalu, 51,000 kes barah ginjal didiagnos di Amerika Syarikat dengan membabitkan 13,000 kematian. Katanya, walaupun wujud kemajuan dalam usaha memahami mekanisme pertumbuhan pelbagai jenis barah, barah ginjal masih menjadi penyakit yang belum difahami sepenuhnya.

“Apabila barah ginjal berada pada tahap lanjut, ia sangat sukar dikawal. Pada umumnya barah ginjal adalah penyakit yang tidak bertindak balas dengan kemoterapi atau terapi hormon,” katanya. Menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan mengenai kes barah di Malaysia pada 2003, ada 305 kes barah ginjal disahkan secara diagnosis di Semenanjung.

Faktor Risiko

  • Pesakit yang menjalani dialisis ginjal dan mereka yang mempunyai sejarah barah ginjal dalam keluarga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk diserang penyakit ini.
  • Merokok adalah faktor risiko utama barah ginjal. Perokok memiliki kebarangkalian dua kali ganda lebih tinggi berhadapan barah ginjal berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Obesiti dan penggunaan ubat penahan atau pelega kesakitan dalam jangka panjang juga boleh mengundang masalah ini.

Simptom

  • Darah dalam air kencing
  • Sakit belakang
  • Sakit pada sisi badan yang tidak hilang
  • Sakit atau pembesaran pada abdomen
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya
  • Hilang selera makan
  • Badan letih dan lesu

Rawatan

Rawatan barah ginjal bergantung pada tahap seriusnya penyakit itu dan keadaan kesihatan pesakit secara menyeluruh. Terapi utama bagi barah ginjal adalah pembedahan. Bagaimanapun, ia hanya berkesan jika semua barah dapat dibuang. Rawatan radiasi juga boleh dibuat apabila barah sudah merebak ke luar ginjal.

Selain itu, pesakit boleh menggunakan rawatan kemoterapi tetapi rawatan ini hanya boleh dilakukan pada sesetengah pesakit sahaja. Terdapat kaedah terapi baru yang digunakan kepada pesakit barah ginjal yang bertindak ke atas bahagian khusus sel barah. Rawatan ni menunjukkan keberkesanannya dalam rawatan pesakit barah ginjal lanjutan. Ini termasuk pengambilan ubat bagi menghalang pertumbuhan sel darah baru dan ubat yang mensasarkan faktor pertumbuhan sel penting yang lain.

Lelaki, Mudah, Menghidap, Barah, Ginjal, barah, ginjal, kesihatan, barah ginjal, kesihatan, lelaki, menghidap, menghidap barah, mudah, lelaki mudah, penyakit, pesakit, Darah, dalam, air, kencing, Sakit, belakang, Sakit, pada, sisi, badan, hilang, Sakit, pembesaran, abdomen, Kehilangan, berat, badan, puncanya, Hilang, selera, makan, Badan, letih, lesu, Terapi, utama,  barah, ginjal, pembedahan, Rawatan, radiasi, barah, merebak, luar, ginjal