Tag Archives: jantung tersumbat

Bedah batu Dalam Hempedu

Bedah batu Dalam Hempedu

[media id=81 width=500 height=400]

“Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda

“Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku.

Apabila batu hempedu ini terjatuh ke dalam saluran hempedu ia boleh menyebabkan orang dewasa mendapat demam kuning dan akut pankreatitis.

Hati menghasilkan hempedu – sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

“Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

“Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda,” kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Simptom-simptom

  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    “Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan,” jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.

  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

    Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

    “Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa,” katanya.

    Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

    “Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu – sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk – sila dapatkan penjagaan kecemasan.

    “Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu,” terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:

  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui ‘batu-batu senyap’ ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk ‘tunggu dan lihat’ daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

batu Dalam Hempedu, batu Dalam Hempedu kesihatan, batu Dalam Hempedu Video, batu Dalam Hempedu video, batu Dalam Hempedu malaysia, Senaman Petua Melayu, batu Dalam Hempedu gambar, batu Dalam Hempedu bf1, batu Dalam Hempedu foto,Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan,Kesihatan kl,Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, jasmani,pencegahan,foto,pembedahan, penjagaan kulit, operasi, jantung tersumbat, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, jantung tersumbat, gim, obesiti, petua,lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar, senaman,  silat, batu, Dalam, Hempedu,Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia,

Pembedahan jantung tersumbat

Pembedahan jantung tersumbat

[media id=80 width=500 height=400]

Satu blok jantung adalah penyakit pada sistem elektrik jantung. Hal ini bertentangan dengan penyakit arteri koronari, yang adalah penyakit pembuluh darah jantung.

Sedangkan penyakit jantung koronari boleh menyebabkan angina (sakit dada) atau infark miokard (serangan jantung), Blok jantung boleh menyebabkan ringan, sinkop (pengsan), dan Palpitasi.

Jenis blok jantung

Sebuah blok jantung boleh penyumbatan pada setiap peringkat sistem konduksi elektrik jantung.

* Blok yang terjadi dalam sinoatrial node (SA node) digambarkan sebagai blok SA nodal.
* Blok yang terjadi dalam atrioventrikular node (AV node) digambarkan sebagai blok AV nodal.
* Blok yang terjadi di bawah nodus AV dikenali sebagai blok infra-Hisian (nama fail-Nya).
* Blok yang terjadi dalam cabang kiri atau ke kanan berkas dikenali sebagai blok cabang fail.
* Blok yang terjadi dalam fascicles cabang fail kiri yang dikenali sebagai hemiblocks.

Berbicara secara klinikal, sebahagian besar blok jantung penting adalah blok AV nodal dan blok infra-Hisian.

Jenis SA nodal blok

Blok SA nodal jarang memberikan gejala. Hal ini kerana jika seseorang telah blok penuh pada peringkat sistem konduksi (yang tidak umum), dengan alat pacu jantung kedua hati akan di nodus AV, yang akan kebakaran di 40-60 ketukan satu minit, yang cukup untuk mempertahankan kesedaran dalam keadaan rehat.

Jenis SA blok nodal meliputi:

* SA node Wenckebach (Mobitz I)
* SA node Mobitz II
* SA node keluar blok

Selain blok di atas, SA node dapat ditekan oleh aritmia lain yang mencapai itu. Ini termasuk konduksi ventrikel berundur dari, beats ektopik atrium, fibrilasi atrium, dan flutter atrium.

Perbezaan antara blok nodus SA dan penindasan SA node adalah bahawa dalam sebuah blok SA node impuls elektrik yang dihasilkan oleh SA node yang tidak membuat kontrak atrium.

Dalam penindasan nodus SA, di sisi lain, simpul SA tidak menghasilkan suatu impuls elektrik kerana ulang oleh impuls elektrik yang masuk nodus SA.
[Sunting] Jenis blok AV nodal

Ada tiga jenis dasar blok AV nodal:

* Pertama Gelaran AV blok
* Gelaran Kedua blok AV
o Jenis I blok AV darjat kedua (Mobitz I) (juga dikenali sebagai Wenckebach blok)
o Jenis 2 blok AV darjat kedua (Mobitz II) – biasanya tetapi tidak selalu di bawah nodus AV dan kerananya infraHisian – lihat di bawah
* Gelaran Ketiga AV blok (blok jantung penuh)

blok infra-Hisian

Infrahisian menggambarkan blok blok dari sistem konduksi distal. Jenis blok infrahisian meliputi:

* Jenis 2 blok jantung darjat kedua (Mobitz II)
* Bundel Waktu cabang blok
o Waktu blok fascicular anterior
o Waktu blok fascicular posterior
* Kanan blok cabang fail

Dari jenis blok infrahisian, Mobitz blok II jantung dianggap paling penting kerana perkembangan mungkin untuk menyelesaikan blok jantung.

jantung tersumbat, jantung tersumbat kesihatan, jantung tersumbat Video, jantung tersumbat video, jantung tersumbat  malaysia, Senaman Petua Melayu, jantung tersumbat  gambar, jantung tersumbat bf1, jantung tersumbat  foto,Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan,Kesihatan kl,Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan,foto,pembedahan, penjagaan kulit, operasi, jantung tersumbat, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, jantung tersumbat, gim, obesiti, petua,lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar, senaman,  silat, Pembedahan, jantung, tersumbat

Pencegahan Radang Ekzema

Pencegahan Radang Ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.

Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun.

Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.

Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak.

Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.

Perunding kanan dematologi, Dr Steven Chow, berkata di beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kajian yang dijalankan terhadap kesan ekzema menunjukkan peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan.

“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan, walaupun setelah dewasa.

Oleh itu, ibu bapa perlu menyedari akan kepentingan penggunaan pencuci sederhana digabungkan dengan pelembap terhadap anak mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rawatan mudah dan kos efektif berguna ini akan membantu mengurangkan pengulangan keradangan,” katanya.

Pemerhatian menunjukkan permintaan bagi rawatan ekzema di Malaysia meningkat 20 peratus sejak 2001 yang mana sebahagian besarnya menjejaskan kanak-kanak.

Ekzema atopi diramalkan akan memberi kesan kepada sehingga 14 peratus kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma. Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

Dr Chow berkata, kaji selidik bebas yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Berdasarkan kaji selidik itu, keputusan yang sama juga dijangka berlaku di negara ini.

“Dengan mengenalpasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema dalam jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, perunding dermatologi, Dr Mardziah Alias, berkata penggunaan sabun dan bahan cuci kasar adalah penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.

“Produk pencuci yang tidak sesuai akan mengikis lapisan perlindungan semulajadi pada kulit yang sensitif. Ia mengakibatkan kitaran yang menghasilkan tindakan balas yang menyebabkan keradangan,” katanya.

Beliau berkata, menggunakan pelembap adalah elemen yang tidak diendahkan dalam penjagaan kulit dan ia sangatlah penting bagi ibu bapa yang prihatin terhadap anak mereka yang mempunyai sejarah ekzema dalam keluarga mereka.

“Kumpulan individu ini perlu memilih pelembap yang tidak mengandungi pewangi atau bahan awet untuk menghindari sebarang iritasi kulit. Paling baik ialah krim yang mempunyai dwifungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen anti-keradangan untuk melegakan kulit,” katanya.

Oleh itu, katanya, dengan mengikut nasihat doktor, menggunakan produk sesuai dan mengamalkan regim penjagaan kulit yang betul, individu mungkin mampu mengawal ekzema dalam jangka masa panjang.

Radang Ekzema,Radang Ekzema kesihatan,Radang Ekzema Video,Radang Ekzema video,Radang Ekzema malaysia,Senaman Petua Melayu,Radang Ekzema gambar,Radang Ekzema  bf1,Radang Ekzema foto,Kesihatan malaysia,Kesihatan Melayu,Kesihatan melayu,Kesihatan gambar,Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan,Kesihatan kl,Kesihatan bf1,Kesihatan video,Kesihatan foto,Kesihatan malaysia,Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon,Kesihatan Indonesia,Kesihatan pencegahan,foto,pembedahan,Radang Ekzema kulit,operasi,jantung tersumbat, gejala, medik, gambar,operasi, organik,kolesterol, berat badan,jantung tersumbat, gim, obesiti, petua,lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi,gambar, senaman, silat,gambar,Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan,foto,bf1,Kesihatan,Kesihatan Indon,Pencegahan, Radang, Ekzema