Tag Archives: gambar senaman

Senaman pagi

190369963MqWnJE_ph

Senaman pagi

[media id=30 width=500 height=400]

Senaman tradisi Melayu merupakan himpunan senaman tradisional yang berkaitan dengan peningkatan tenaga batin iaitu semasa proses hubungan kelamin atau jimak.

TEKNIK-TEKNIK

Senaman Pertama

Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di atas lutut dan bahu harus terbuka lebar. Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga paru-paru terasa penuh dengan udara. Tahan nafas dan biarkan udara berada di dalam paru-paru sekitar tujuh saat sebelum ia dihembus keluar secara perlahan sehingga paru-paru terasa kosong. Ketika udara dihembus, perut hendaklah dikempiskan dan tumpu tenaga ke arah dada. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.

Kebaikan:

Senaman ini seelok-eloknya dilakukan di subuh hari kerana ia melibatkan proses pertukaran udara badan. Gerakan ini dapat membangkitkan kekuatan otot belakang terutamanya di bahagian tengah belakang dan ia menguatkan stamina jimak.

Senaman Kedua

Duduk dalam keadaan dua tumit kaki bertemu dan bawakan ia hampir dengan kemaluan. Tegakkan belakang. Tarik nafas hingga paru-paru terasa penuh secara perlahan-lahan. Ketika menarik nafas, tekan kedua-dua kepala lutut dengan tapak tangan (kiri dan kanan) supaya lutut dapat mencecah lantai. Jika tidak boleh, buat setakat termampu. Pada waktu yang sama, kemut otot zakar sepaya kepala zakar kembang. Tahan nafas selama tujuh saat dan hembus keluar secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.

Dari kedudukan sebelumnya, tarik nafas semula secara perlahan-lahan. Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat paha di bahagian paha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung paha ke pangkal paha dan akhirnya gerakan melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar. Urutan dilepaskan jika mahu mencecah kepala zakar. Selepas itu lepaskan nafas.

Kebaikan:

Gerakan ini bertujuan untuk rnengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di sini. la juga membesarkan kembali zakar yang kecil. Disarankan supaya urutan dibuat menggunakan minyak urut.

Senaman Ketiga

Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas perfahan-lahan sambil menarik ibu jari kaki menghampiri kemaluan. Lutut seboleh-bolehnya mencecah lantai. Jika zakar tegang, celahkan kepala zakar di antara kedua tapak kaki (di bahagian yang melengkung). Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang dan akan terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas dilepaskan secara perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap disatukan. Tarik nafas dengan dalam secara perlahan-lahan dan rebahkan tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki. Jejakkan kepala ke lantai jika mampu, kalau tidak, lakukan setakat terdaya. Balik ke kedudukan asal dan hembuskan nafas.

Kebaikan:

Gerakan ini mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang. la dapat membantu meningkatkan tenaga batin yang lemah.

Senaman pagi , Senaman pagi  kesihatan, Senaman pagi  Video, Senaman pagi  video, Senaman pagi  malaysia, Senaman Petua Melayu, Senaman pagi  gambar, Senaman pagi  bf1, Senaman pagi  foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1,Senaman, pagi

Gsi Worldwide – Cara Periksa Payudara Anda

pyd

Gsi Worldwide – Cara Periksa Payudara Anda

[media id=60 width=500 height=400]

Pemeriksaan payudara diri bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.

Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

Cara pemeriksaan sendiri

Berdiri di hadapan cermin

  • Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  • Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  • Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

Berbaring

  • Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

PENTING

Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat:

  • Sebarang gumpalan.
  • Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
  • Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
  • Puting tersorot ke dalam.
  • Terasa sakit pada payudara.

Periksa Payudara, Periksa Payudara kesihatan, Periksa Payudara Video, Periksa Payudara video, Periksa Payudara malaysia, Senaman Petua Melayu, Periksa Payudara gambar, Periksa Payudara bf1, Periksa Payudara foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto,pembedahan, penjagaan kulit, operasi, Periksa Payudara, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, Periksa Payudara, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, Cara, Periksa, Payudara, Anda

SENAMAN POCO POCO (MM)

20070427-mediapoco

SENAMAN POCO POCO (MM)

[media id=26 width=500 height=400]

Sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib. Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu. Cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.” Masya Allah…penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini ‘terungkailah’ persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

Tarian poco-poco merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia yang boleh ditarikan oleh semua golongan tanpa mengira usia. Tarian ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup jika hanya ada seorang sahaja yang mengetahui gerakkan asasnya dan seterusnya boleh diikuti oleh yang lain.

Peserta tarian ini perlu berada dalam barisan yang teratur agar gerak tari kelihatan lebih seragam dan menarik mengikut rentak muzik yang sedikit rancak. Dua langkah kecil ke kanan, kembali ke tempat, lalu undur satu atau dua langkah ke belakang, kemudian maju ke depan sambil memusingkan badan. Begitu seterusnya gerakan itu diulang-ulang sehingga anda selesai memusingkan badan ke empat penjuru lalu kembali ke tempat asal semula. Rentak lagu memainkan peranan untuk menambahkan keseronokkan dalam tarian ini.

Di Malaysia, poco-poco biasanya ditarikan sewaktu diadakan senaman erobik kerana tarian ini memerlukan banyak pergerakkan kaki, tangan dan tubuh badan. Anda juga boleh melakukan tarian ini bersama keluarga di rumah atau bersama rakan sekerja di pejabat. Disamping dapat menyihatkan badan, tarian ini juga dapat mengurangkan tekanan. Jom poco-poco!

SENAMAN POCO POCO , SENAMAN POCO POCO  kesihatan, SENAMAN POCO POCO  Video, SENAMAN POCO POCO  video, SENAMAN POCO POCO  malaysia, Senaman Petua Melayu, SENAMAN POCO POCO  gambar, SENAMAN POCO POCO  bf1, SENAMAN POCO POCO  foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, berat badan, diet, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat , bf1, senaman, poco ,poco