Tag Archives: barah

Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal

Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal

Secara umum lelaki lebih kerap berhadapan dengan penyakit barah ginjal berbanding wanita. Mengikut anggaran umum, jumlah lelaki yang berhadapan dengan penyakit ini adalah dua kali ganda daripada wanita.

Malah, risiko barah ginjal semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Lebih 90 peratus daripada kes membabitkan mereka yang didiagnos dengan barah ginjal adalah pesakit yang berusia 45 tahun ke atas.

Pakar Onkologi Klinikal dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan Singh Khera, berkata umumnya pada waktu didiagnos, barah berkenaan sudah mengalami metastatis (merebak ke bahagian tubuh yang lain) di kalangan satu pertiga pesakit. Dr Gucharan berkata, sehingga kini 208,000 orang di seluruh dunia didapati menghidap barah buah pinggang setiap tahun manakala 102,000 individu meninggal dunia akibat penyakit itu setahun. Pada tahun lalu, 51,000 kes barah ginjal didiagnos di Amerika Syarikat dengan membabitkan 13,000 kematian. Katanya, walaupun wujud kemajuan dalam usaha memahami mekanisme pertumbuhan pelbagai jenis barah, barah ginjal masih menjadi penyakit yang belum difahami sepenuhnya.

“Apabila barah ginjal berada pada tahap lanjut, ia sangat sukar dikawal. Pada umumnya barah ginjal adalah penyakit yang tidak bertindak balas dengan kemoterapi atau terapi hormon,” katanya. Menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan mengenai kes barah di Malaysia pada 2003, ada 305 kes barah ginjal disahkan secara diagnosis di Semenanjung.

Faktor Risiko

  • Pesakit yang menjalani dialisis ginjal dan mereka yang mempunyai sejarah barah ginjal dalam keluarga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk diserang penyakit ini.
  • Merokok adalah faktor risiko utama barah ginjal. Perokok memiliki kebarangkalian dua kali ganda lebih tinggi berhadapan barah ginjal berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Obesiti dan penggunaan ubat penahan atau pelega kesakitan dalam jangka panjang juga boleh mengundang masalah ini.

Simptom

  • Darah dalam air kencing
  • Sakit belakang
  • Sakit pada sisi badan yang tidak hilang
  • Sakit atau pembesaran pada abdomen
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya
  • Hilang selera makan
  • Badan letih dan lesu

Rawatan

Rawatan barah ginjal bergantung pada tahap seriusnya penyakit itu dan keadaan kesihatan pesakit secara menyeluruh. Terapi utama bagi barah ginjal adalah pembedahan. Bagaimanapun, ia hanya berkesan jika semua barah dapat dibuang. Rawatan radiasi juga boleh dibuat apabila barah sudah merebak ke luar ginjal.

Selain itu, pesakit boleh menggunakan rawatan kemoterapi tetapi rawatan ini hanya boleh dilakukan pada sesetengah pesakit sahaja. Terdapat kaedah terapi baru yang digunakan kepada pesakit barah ginjal yang bertindak ke atas bahagian khusus sel barah. Rawatan ni menunjukkan keberkesanannya dalam rawatan pesakit barah ginjal lanjutan. Ini termasuk pengambilan ubat bagi menghalang pertumbuhan sel darah baru dan ubat yang mensasarkan faktor pertumbuhan sel penting yang lain.

Lelaki, Mudah, Menghidap, Barah, Ginjal, barah, ginjal, kesihatan, barah ginjal, kesihatan, lelaki, menghidap, menghidap barah, mudah, lelaki mudah, penyakit, pesakit, Darah, dalam, air, kencing, Sakit, belakang, Sakit, pada, sisi, badan, hilang, Sakit, pembesaran, abdomen, Kehilangan, berat, badan, puncanya, Hilang, selera, makan, Badan, letih, lesu, Terapi, utama,  barah, ginjal, pembedahan, Rawatan, radiasi, barah, merebak, luar, ginjal

BARAH PARU-PARU

images

BARAH PARU-PARU

Penyakit Barah Paru-paru adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Punca

Terdapat empat punca utama kenapa seseorang mendapat barah paru-paru (atau barah secara umum):

Karsinogen seperti yang terkandung dalam rokok

Radiasi mengion (Ionizing radiation)

Kecenderungan genetik

Jangkitan virus

Merokok tembakau, terutamanya rokok, dipercayai punca utama barah, dengan itu secara teori menjadikannya secara teori salah satu penyakit paling mudah dihalang. Dianggarkan 80% barah paru-paru disebabkan oleh merokok, disebabkan oleh beratus-ratus karsinogen yang diketahui, seperti benzen, hadir dalam asap rokok. Tempoh masa seseorang berterusan merokok dan juga jumlah asap meningkatkan lagi peluang mendapat barah. Bagaimanapun jika seseorang berhenti merokok peluang ini berkurangan kerana kerosakan pada paru-paru sembuh. Perokok pasif, di mana hembusan asap disedut oleh orang lain, baru-baru ini dikenal pasti sebagai punca lebih utama barah paru-paru dari apa yang dipercayai sebelumnya. Agensi Perlindungan Alam Sekitar US (US Environmental Protection Agency) (EPA) pada tahun 1993 memutuskan bahawa 3,000 kematian berkait barah paru-paru disebabkan oleh perokok pasif setiap tahun, bagaimanapun sejauh mana kebenarannya masih dipertikaikan di kalangan pakar sains.

Asbestos merupakan karsinogen lain yang popular diketahui terutamanya bagi mesothelioma (menyerang lapisan mesothelium paru-paru, abdomen atau jantung). Seringkali pendedahan ini berlaku kepada mereka yang tidak dapat dielakkan kerana kerja mereka.

Radon adalah gas tanpa warna atau bau yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif radium, yang mana merupakan menjadi bahan penguraian uranium, yang terdapat dalam kerak bumi. Ia merupakan punca kedua utama barah paru-paru selepas merokok. Radiasi ini mengion bahan genetik, menyebabkan mutasi yang kadang-kala menjadi barah. Aras gas radon berbeza bergantung lokasi anda tinggal. Di kawasan seperti Cornwall di United Kingdom, gas radon merupakan masalah utama, dan kipas perlu dipasang untuk menyingkir gas. Di Amerika Syarikat EPA menganggarkan bahawa 1 dalam 15 rumah mengandungi aras gas radon melebihi piawaian yang dicadangkan. Gen onkogen dipercayai menjadikan seseorang lebih cenderung mendapat barah. Proto-onkogen dipercayai bertukar menjadi onkogen apabila terdedah kepada karsinogen tertentu. Virus dipercayai menyebabkan barah pada manusia, kerana kaitan ini telah dibuktikan pada haiwan.

Rawatan

Rawatan untuk barah bergantung kepada bentuk khusus, sejauh mana tumbesarannya dan butiran terperinci pesakit (contoh unur). Rawatan biasa termasuk pembedahan, kemoterapi dan terapi radiasi. Radiofrequency Ablation semakin popular untuk keadaan ini kerana ia tidak toksik dan menyebabkan sakit sedikit sahaja. Ia amat berkesan apabila digabungkan dengan kemotherapi kerana ia memusnahkan sel dalam tumor – yang sukar dimusnahkan dengan kimia chemo akibat saluran darah berkurangan dalam tumor. Ia dilakukan dengan menusuk peninjau kecil haba ke dalam tumor untuk memasak sel tumor. Sel tumor yang mati akan diserap secara proses semulajadi.

Rawatan lain termasuk pelbagai teknik tidak boleh paten seringkali dipetik dari rawatan traditional tempatan (native medical traditions). Bagaimanapun rawatan sedemikian tidak terbukti secara perubatan sebagai berkesan dan semestinya perlu diambil bersama dengan rawatan perubatan biasa. Ini kerana sekiranya terlambat mendapat rawatan, penyakit barah akan membawa maut dalam keadaan yang amat menyakitkan.

BARAH PARU-PARU , BARAH PARU-PARU  kesihatan, BARAH PARU-PARU  Video, BARAH PARU-PARU  video, BARAH PARU-PARU  malaysia, Senaman Petua Melayu, BARAH PARU-PARU  gambar, BARAH PARU-PARU  bf1, BARAH PARU-PARU  foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, BARAH, PARU-PARU

Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal

Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal

Secara umum lelaki lebih kerap berhadapan dengan penyakit barah ginjal berbanding wanita. Mengikut anggaran umum, jumlah lelaki yang berhadapan dengan penyakit ini adalah dua kali ganda daripada wanita.

Malah, risiko barah ginjal semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Lebih 90 peratus daripada kes membabitkan mereka yang didiagnos dengan barah ginjal adalah pesakit yang berusia 45 tahun ke atas.

Pakar Onkologi Klinikal dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan Singh Khera, berkata umumnya pada waktu didiagnos, barah berkenaan sudah mengalami metastatis (merebak ke bahagian tubuh yang lain) di kalangan satu pertiga pesakit.

Dr Gucharan berkata, sehingga kini 208,000 orang di seluruh dunia didapati menghidap barah buah pinggang setiap tahun manakala 102,000 individu meninggal dunia akibat penyakit itu setahun.

Pada tahun lalu, 51,000 kes barah ginjal didiagnos di Amerika Syarikat dengan membabitkan 13,000 kematian. Katanya, walaupun wujud kemajuan dalam usaha memahami mekanisme pertumbuhan pelbagai jenis barah, barah ginjal masih menjadi penyakit yang belum difahami sepenuhnya.

“Apabila barah ginjal berada pada tahap lanjut, ia sangat sukar dikawal. Pada umumnya barah ginjal adalah penyakit yang tidak bertindak balas dengan kemoterapi atau terapi hormon,” katanya.

Menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan mengenai kes barah di Malaysia pada 2003, ada 305 kes barah ginjal disahkan secara diagnosis di Semenanjung.

Faktor Risiko

  • Pesakit yang menjalani dialisis ginjal dan mereka yang mempunyai sejarah barah ginjal dalam keluarga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk diserang penyakit ini.
  • Merokok adalah faktor risiko utama barah ginjal. Perokok memiliki kebarangkalian dua kali ganda lebih tinggi berhadapan barah ginjal berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Obesiti dan penggunaan ubat penahan atau pelega kesakitan dalam jangka panjang juga boleh mengundang masalah ini.

Simptom

  • Darah dalam air kencing
  • Sakit belakang
  • Sakit pada sisi badan yang tidak hilang
  • Sakit atau pembesaran pada abdomen
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya
  • Hilang selera makan
  • Badan letih dan lesu

Rawatan

Rawatan barah ginjal bergantung pada tahap seriusnya penyakit itu dan keadaan kesihatan pesakit secara menyeluruh.

Terapi utama bagi barah ginjal adalah pembedahan. Bagaimanapun, ia hanya berkesan jika semua barah dapat dibuang. Rawatan radiasi juga boleh dibuat apabila barah sudah merebak ke luar ginjal.

Selain itu, pesakit boleh menggunakan rawatan kemoterapi tetapi rawatan ini hanya boleh dilakukan pada sesetengah pesakit sahaja.

Terdapat kaedah terapi baru yang digunakan kepada pesakit barah ginjal yang bertindak ke atas bahagian khusus sel barah.

Rawatan ni menunjukkan keberkesanannya dalam rawatan pesakit barah ginjal lanjutan. Ini termasuk pengambilan ubat bagi menghalang pertumbuhan sel darah baru dan ubat yang mensasarkan faktor pertumbuhan sel penting yang lain.

Barah Ginjal,Barah Ginjal kesihatan,Barah Ginjal Video,Barah Ginjal video,Barah Ginjal  malaysia,Senaman Petua Melayu,Barah Ginjal gambar,Barah Ginjal  bf1,Barah Ginjal foto,Kesihatan malaysia,Kesihatan Melayu,Kesihatan melayu,Kesihatan gambar,Kesihatan cerita,Kesihatan pilihan,Kesihatan kl,Kesihatan bf1,Kesihatan video,Kesihatan foto,Kesihatan malaysia,Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon,Kesihatan Indonesia,Kesihatan gambar,Kesihatan bf1,Kesihatanpencegahan,foto,pembedahan,Barah Ginjal kulit,operasi,jantung tersumbat, gejala, medik, gambar,operasi, organik,kolesterol, berat badan,jantung tersumbat, gim, obesiti, petua,lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi,gambar, senaman, silat,Khasiat, Anggur Kesihatan malaysia, Kesihatan web,cerita,Kesihatan pilihan, Kesihatan kl,KesihatanKesihatan,foto,KesihatanIndon,Asia,jasmani,Lelaki, Mudah, Menghidap, Barah,Ginjal