Home » Pembedahan » Pembedahan Tonsil

Pembedahan Tonsil

images

Pembedahan Tonsil

Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Sesetengah individu boleh menghadapi infeksi tonsil yang berulang dan teruk.
Jika ia memberi masalah kepada individu tersebut, tonsil itu boleh dibuang melalui pembedahan tonsilektomi. Indikasi lain untuk pembuangan tonsil ialah saiz tonsil yang besar yang membawa kepada masalah berdengkur dan jika tonsil itu menghadapi kanser.
Pembedahan tonsil mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit dan tidak begitu rumit. Pembedahan akan dilakukan setelah pesakit dibius sepenuhnya dan pesakit tidak akan tahu apa-apa semasa pembedahan.
Setelah bius diberikan, mulut pesakit akan dibuka mengunakan alat yang dinamakan retractor. Pembedahan dilakukan melalui ruang mulut sahaja, tiada apa-apa pemotongan akan dilakukan di mana-mana bahagian kulit luar.
Semasa pengeluaran tonsil, akan ada sedikit sebanyak pendarahan yang selalunya dapat diberhentikan dengan kaedah diatermi.
Diatermi merujuk kepada penghasilan haba pada suatu bahagian tubuh melalui arus elektrik berfrekuensi tinggi yang dipasangkan pada kulit pesakit, terletak antara dua elektrod.

Sebelum mengeluarkan alat retractor, pakar bedah akan memastikan tiada pendarahan lagi dari kawasan pembedahan. Selepas pembedahan pesakit akan diberikan ubat penahan sakit dan kadangkala ubat semburan tekak dan ubat kumur tekak.
Beberapa hari yang pertama pesakit mungkin akan mengalami rasa sakit yang akan menyusahkan proses penelanan. Pesakit dinasihatkan memakan makanan-makanan yang lembut dan sejuk.
Makanan yang pedas juga patut dielakan. Pesakit harus minum lebih banyak air ataupun minuman sejuk. Pesakit juga harus digalakkan bercakap.
Proses penelanan dan percakapan akan membolehkan pergerakan otot-otot di bahagian tekak berfungsi sepenuhnya dan ini akan membolehkan proses penyembuhan di kawasan pembedahan berlaku dengan lebih cepat, justeru rasa sakit akan berkurangan dengan lebih awal.
Proses pemulihan akan mengambil masa lebih kurang satu hingga dua minggu. Proses pemulihan ini boleh berlaku lebih awal lagi jika petua-petua yang saya sebutkan tadi diikuti.

Pembedahan Tonsil, Pembedahan Tonsil kesihatan, Pembedahan Tonsil Video, Pembedahan Tonsil video, Pembedahan Tonsil malaysia, Senaman Petua Melayu, Pembedahan Tonsil gambar, Pembedahan Tonsil bf1, Pembedahan Tonsil foto,  Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan melayu, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan video,Kesihatan foto, Kesihatan malaysia, Kesihatan Melayu, Kesihatan Indon, Kesihatan Indonesia, Kesihatan gambar, Kesihatan cerita, Kesihatan pilihan, Kesihatan kl, Kesihatan bf1, Kesihatan foto, Kesihatan Indon, Kesihatan malaysia, Kesihatan web, Kesihatan kosong, Asia, jasmani,pencegahan, Dunia, foto, pembedahan, penjagaan kulit, operasi, penyakit, gejala, medik, gambar, operasi, organik, kolesterol, berat badan, diet, gim, obesiti, petua, lemak, senaman, keguguran, kanser, Nutrisi, gambar,  senaman,  silat, bf1, Pembedahan, Tonsil

Best Formula Industries ( Company No : 002150621-D ) English * 中文 * Bahasa * More-Shop * Facebook * Youtube

Lot : 146, Jalan Batu Estate, Off Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia. Location Map

Tel : +603-6257 6048( Operation : 10am-7pm Mon-Sat ) Contact Us

Mobile : +6012-359 0344 ( Free SMS : Whatsapp , Free Call : Tango )

Email or YM: bestform18@yahoo.com * Google: bestform699@gmail.com * Skype: bf1vincent

* BF1 International

* BF1 Business

* BF1 Asia

* BF1 US

* BF1 Malaysia

hair-growth

face-lifting

face-whitening

body-slimming

black-hair

super-growth

body-whitening

anti-acne

anti-wrinkle

body-bath

Copyright © 2009 · Kesihatan Dan Rawatan Malaysia · All Rights Reserved ·
Own by Best Formula · Powered by BF1